Wednesday 16 April 2014

writer-to-be

Sambungan entry bisnes dan kerjaya.. Alkisahnya.. nuna dah almost siap taip untuk entry kali ini malam tadi.. Namun disebabkan terlebih bijak.. nuna tak save apa yang nuna taip and here we go.. karanglah kau lagi sekali ye nuna.. Entry kali ini nuna nak cerita berkenaan dengan interview kerja yang telah nuna hadiri pada selasa lepas.. And guess what? Alhamdulillah mendapat offer kerja sebagai writer untuk majalah.. Seperti yang nuna katakan sebelum ini, kerja yang ditawarkan adalah di sri hartamas.. jadi kepada yang tinggal di kawasan lembah klang sudah pastinya tahu living cost di situ.. Disebabkan gaji yang ditawarkan lebih kurang so-so sahaja dengan kerja nuna sebelum ini, jadi nuna pohon pihak company beri nuna masa seminggu untuk memikirkan tawaran tersebut (dahsyat nuna kan boleh pula minta tawar-menawar). Honestly, nuna berharap untuk mendapat kerja yang lagi satu ni tapi tak tahulah peluang tersebut cerah ke tak. Yang nuna boleh cakap 50 fifty je. Alasannya sebab nuna berpengalaman and dorang tak berani nak bayar gaji tinggi. Tapi rasanya diorang psiko nuna je time tu. Ok ade lg lima hari sahaja untuk buat keputusan. Harap semuanya dipermudahkan. Btw, lupa nak beritahu yang menariknya kerja yang nuna dapat ni ialah nuna akan jadi writer untuk majalah traveling.. hehe melancong lah kita selepas ini.. P/s kalau ada masa nuna akan ceritakan situasi interview. Boleh dijadikan reference untuk mereka yang nak menghadiri interview sebagai journalist or writer.. Macam biasa layan gambar kambing gurun ni..

No comments:

Post a Comment