Monday 28 April 2014

Jalan2 cari makan di penang ~BUKIT TAMBUN~

Ini merupakan entry pertama Nuna pasal makan. Walaupun sebenarnya nuna ni banyak makan. Ok nuna dapat tahu kedai ni dari rakan baru nuna, cikgu CT (nuna kenal dia masa jadi cikgu ganti di Smk Valdor). Berbalik kepada cerita, dah dua bulan rasanya dapur nuna tak berasap. Hehe ini bukan statement berbangga ok. Ye lah nuna bz ke hulu ke hilir ambil stok, pos stok kat customer lagi dah tu siapkan assignment kerja baru pergi kelas tuisyen lagi layan dua ekor kambing gurun lagi layan suami lagi. Haha.. Hah terus cerita lah. Nuna dan suami pernah juga berjalan ke bukit tambun (dekat dengan rumah sewa nuna kat batu kawan) tapi memang nuna tak pernah makan kat situ. Apabila Ct ajak makan kat situ, nuna pun setuju. Tapi plan kami terpaksa di cancel kan. Nuna pula merancang untuk usha dulu tempat makan yang CT katakan. So, maghrib2 tu kami keluar dan nampaklah gerai kecil yang boleh dikatakan pelanggan sentiasa ada sahaja di situ. Buat makluman semua, kawasan bukit tambun ni kebanyakan kaum CIna yang tinggal. Jadi masa CT beritahu ada kedai melayu di siti nuna pun pelik. kedai ni berhadapan dengan restoran CIna Floating market. Memang gerai kecil ni takde nama. Menurut CT yang special nya di kedai itu adalah makanan lautnya yang fresh. Kat situ ada juga menu ala carte. Tapi nuna memilih untuk makan mee udang dan hubby pula makan nasi goreng sotong goreng tepung. Hah panjang tak nama. Hehe Tak sampai lima minit menu yang dipesan pun sampai. Ye readers. Memang udang dia fresh ye. Mengenai rasa mee udang pula, nuna tak pandai nak komen tapi boleh lah dengan tekak nuna. Husband pula yang penggemar mee udang cakap rasa dia biasa2 sahaja. Bercakap pasal mee udang, sebelum ni pun memang nuna dah rasa mee udang yang digembar gemburkan oleh semua, katanya antara yang terbaik di penang. Mee udang sg dua dan di pulau aman. Rasa nya pun boleh diterima dengan tekak nuna. Ok selain mee udang kat sini juga ada jual pasembor dan cakoi n satay. Kerana tamak, kami order juga 10 cucuk satay ( sebab nuna bukan penggemar satay selain satay kajang ye). Lagi nuna tapau beli cakoi ngan pasembor. Cakoi dia memang lembut. Yang bestnya, dah sejuk pun cakoi dia masih lembut n akak tu buat cakoi ( i mean uli cakoi) kat gerai tu juga). Kalau nak makan cakoi panas2 mesti agi sedap. Ok meh layan gambar mee udang ngan nasi goreng sotong goreng tepung yang berbaloi untul anda rasa. Makanan untuk dua menu ni berharga rm12. Ok lah kan. Sorry ye kalau kualiti gambar tak bagus sebab masa maghrib ambil gambar memang nuna tak pakai flash. Takut nanti orang perasan. Hehe

No comments:

Post a Comment