Thursday 17 April 2014

dugaan..

Setiap peniaga pasti tidak sunyi daripada melalui pengalaman pahit. Begitu juga dengan nuna.. ceh ingat nak tulis artikel dalam magazine tak pun newspaper ke.. Hehe.. ok mood nuna pada hari ini kembali stabil so dah boleh mencoretkan apa yang terbuku di hati.. Dah kenapa ko nuna bagi ayat bukan main jiwang lagi.. Ok readers.. macam ni.. semalam nuna sakit hati sangat dengan satu customer nie.. CHOP CHOP.. ye nuna tahu frasa tu 'customer is always right'. Tetapi siapa yang membaca ni uols nilaikan lah sendiri.. Nuna tak kata all the fault terletak dalam diri si tut tu sahaja. Sebaliknya nuna sendiri ada melakukan kesalahan. Know what??? Kesalahan terlalu baik dan mempercayai strangers.. Ceritanya begini, kelmarin (bertarikh 15 april) ada seorang minah ni macam biasa lah mesej nuna bertanyakan oat choco. Less than 1 hour dia terus menyatakan minat nak beli. No bukan minat tetapi sebaliknya decision untuk beli 2 karton oat choco n oat wheat. Yes, bukan amount yang sikit ye kawan2. Deal dengan dia takde masalah. Dia seorang yang cepat buat decision and boleh dikatakan tak minta kurang pun untuk order tu. Sebabkan dia order dua karton, dia ada minta free gift and tanpa berfikir panjang terus nuna setuju. Ada here and there yang nuna tak cerita sebab panjang sangat. Ok dipendekkan cerita minah ni setiap kali nak buat keputusan dia akan tanya dahulu dengan kakaknya yang merupakan seorang guru di area kuala selangor. Petang dalam jam 6 ke 7 pada hari yang sama, kakak dia nie mesej. Chop lupa nak beritahu. Dia cancel 1 karton sebab alasan tak percaya kepada pos bas. Yang ni nuna tak kisah sebab at 1st nuna sendiri kurang percaya. Then nuna cakap ok takpe. Pada mulanya kakak dia ni minta kurang. Nuna cakap ok boleh. Lepas tu bila dah keluar sebut harga yang nuna berikan dia minta lagi genapkan harga (means kurangkan lagi). Nuna tak beritahu husband sebab kalau dia tahu confirm marah. Ok nuna cakap boleh lah genapkan harga tu senang nak kira si kakak ni cakap. Then dia kata malam tu dia akan bank in. Malam beransur ke pagi esoknya, jam 6 lebih dia cakap pagi2 ni dia akan bank in. Nuna pun tak kisah. Cikgu lah katakan kita kalau boleh dengan melayu takmo lah berkira sangat. Sebab nuna fikir barang pun belum hantar lagi. Tengahari sebelum hantar bila nuna tanya dah bank in ke dia kata sibuk. Tak sempat bank in. Yang menyakitkan hati dia push nuna suruh pos barang tu cepat sebab dia nak kena ambil di klang sentral. Rumah dia jauh nuna faham. Siap minta ambil gambar barang sebelum pos lah macam2 lagi dia minta. Nuna dengan rela hati memenuhi permintaan dia bagi membuktikan i am not a liar. Ye lah bila berurusan dengan orang yang kita tak kenal confirm akan ada rasa curiga. 5 ke 6 gambar nuna bagi kat wassap dia. Lepas settle semua dalam jam 1 ke 2 petang (nie barang dah gerak nak pergi ke klang sentral ni) si customer ni masih belum bayar. Nuna biarkan lagi sebab barang belum ada di tangan dia. Nuna fikir jika dia tak bayar nuna nak sedekah je sekarton barang tu pada driver yang bawa. Then, petang dalam jam 5.30 ke macam tu dia suruh nuna tanya driver dah dekat mana. Padahal nuna dah beritahu dalm half an hour sebelum driver sampai nuna akan follow up balik. Tapi fikirkan customer yang very the diva ni, nuna call juga driver. Masa tu driver ada di bidor. Nuna inform balik kat customer dan cakap kalau dah bank in inform. And ayat biasa dia jangan risau. Ok fine sabar lagi, dalam jam 7 nuna call lagi driver and time tu driver dah ada kat shah alam. So, nuna call minah diva ni and beritahu driver dah kat shah alam. Dalam setengah jam sampai. Masa call suara minah bi ok. Cool je. Dia cakap tadi nak bayar cimb bank out of service. So dia tak sempat. Lagipun dia ada koko sampai petang. Ok takpelah sabar lagi. Then nuna follow up lagi dengan driver and inform kat minah tu. Dalam jam 7.45 macam tu minah ni mesej barang dah diterima. Nuna cakap ok jangan lupa bank in. Dia kata itu sudah semestinya, jangan risau. Nuna tak contact minah ni sehinggalah habis kelas tuisyen nuna jam 10 malam. Masa tu nuna fikir nak berhenti bank cek duit. Dalam 10.15 nuna mesej dia and tanya dah bank in ke dan tiada jawapan dari pihal sana. Seperti yang sudah dijangka, customer very the diva tu tak bank in lagi ye. Hello ko dah dapat barang tapi ko tak bank in. Apa lagi nuna buat keputusan call dia. Memang salah nuna sebab nuna call dalam keadaan marah. Tapi masa awal nuna call nuna bagi salan dulu and cakap elok2. Nuna tanya bila nak bank in. Dia dengan suara lemah gemalai cakap maaf tak bank in lagi mesin cimb semua out of service. Aku memang tak boleh terima alasan bangang camtu. Nuna cakap then y dont u inform me earlier. Buat orang macam tunggul. Asyik saya je follow up dengan awak. Barang dah sampai tapi duit tak bayar lagi. Lepas tu dia boleh kata sabar jangan marah2. Dah malam ni takkan dia nak keluar pergi bank. What the ... (yang ni nuna tak cakap ek.. nie dalam hati nuna. Ntah alasan bangang apa lagi dia nak cakap). Terus terang nuna memang tinggikan suara kat dia. Siapa boleh tahan. Dia asyik cakap jangan risau. Nuna cakap bukan masalah risau. Awak dah dapat barang awak kena terus bayar. Sepatutnya sebelum dapat barang lagi awak bayar. Tapi nie barang dah dua jam kat awak pun masih tak bayar lagi. Dia senyap je nuna membebel. Yes dia kena sedar kesalahan memang pada dia. Nuna bagi dia tempoh before 11 p.m. Dia cakap ok. Then tak lama lepas tu dia kata dah transfer kat cimb. Lain kali jangan tengking orang. Saya bukan penipu. Oh my god.. memang nuna sakit hati lagi time tu ye. Nuna pun satu dah dia kata dia dah bayar nuna still call dia. Nuna kata boleh pulak transfer. Kalau tak keep on bagi alasan je. Nuna dok.membebel2 dia terus letak telefon. Haish pelik kan perangai nuna. Walaupun masa tu banyak yang nuna nak cakap tapi nuna fikir biar takde dendam r lepas nie. Hehe nak tahu sebab apa, nuna takut dia apa2 kan nuna. Haha pelikkan. I mean apa2 kan tu macam guna benda2 yang syirik. Yeah we never know perangai orang lain2 kan. Ye tak baik buruk sangka kat orang. Last sekali nuna call dia and minta maaf. Nuna cakap moga takde dendam di hati. Dia pun mengaku salah dia sebab lambat bayar. Itulah ceritanya and sampai sekarang nuna tulis kat blog ni husband nuna masih tak tahu. Kalau dia tahu mesti teruk nuna kena marah sebab percaya pada strangers. Btw, if u're reading this (yes i mean the diva customer) nuna minta maaf sebab tengking awak as i felt u deserve that. Apa pun tq jadi customer nuna as nuna tahu dia serik nak berurusan dengan nuna macam mana nuna pun serik nak deal dengan dia lagi. No next time for you. P/s: i am not desperate for the money as sehingga ke petang ini nuna tak cek lagi bank sama ada dia betul bank in ke tidak. Sebab dia tak bagi bukti slip bank ke apa kat nuna. Ok adios.. keep smiling

No comments:

Post a Comment