Tuesday 8 April 2014

serba salah.. berbelah bagi..

Alhamdulillah syukur ke hadrat ILahi interview nuna petang tadi berjalan lancar. Walaupun ada terkurang tergagap tergelincir here and there tapi harap semuanya diberkati.. Kalau ada ada lah kalau tak ada pu terima juga mungkin bukan rezeki.. Cuma ada lagi satu interview hari khamis i ini. Harap dipermudahkan segalanya.. Setelah sekian lama hari ini nuna kembali pakai heels untuk jangka masa yang lama.. Akibatnya sekarang teoat jam 1.40 pagi nuna masih tak boleh tidur.. Semuanya kerana kaki nuna berdenyut2 sangat.. Bila mengadu kat hubby dia cakap takmo ambil tahu.. padahal selalu dia lah yang menjadi tukang urut kita.. Kecil hati juga namun tujuan dia cakao begitu kerana jika nuna dapat kerja di sini maka dia akan tinggal berseorangan di penang sana.. Bukan tak kesian.. siapalah yang kahwin hendak duduk berasingan namun kalau dah rezeki tercatat di selangor nak buat macam mana.. Bukannya tak usaha nak mencari kerja di penang.. Susah juga ada blog ni semua cerita nak tulis kat sini.. Ok lah yang penting biar apa pun keputusan interview nanti kalau husband nuna bagi barulah nuna akan pergi... Nuna pun takkan paksa dia ikut nuna sebab dia.nak jaga emak dia yang sakit.. Baru tiga hari nuna kat umah parent nuna dah rindu kat husband and of course my two kambing gurun... Love you family!!!! Layan gambar sakura di penang.. nie hubby bagi dia cakap ambil dari fb penang.. kepada photographer saya mohon kebenaran ambil gambar ini ye... tq 😊

No comments:

Post a Comment