Wednesday 16 April 2014

fenomena oat choco twinfish dan oat wheat cvmallow

Boleh dikatakan setiap jam telefon nuna berdering, berbunyi, ber'beep' kerana semuanya bertanyakan oat choco. Buat pengetahuan semua, stok oat choco sekarang ni memang limited. Nak tahu kenapa? Sebab company tu tengah buat stok latest punya yang ada free gift. Semua kilang nuna call bagi mendapatkan stok ni namun jawapannya sama. Produk masih di kapal. Belum dibawa ke supplier. Bagi yang tidak tahu, oat choco chocolate jenama Twinfish (atau kalau dengan supplier cina dia tak sebut TWinfish, dia sebut dua ikan) hehe.. diimport dari negara China. Ada yang kata produk ini banyak di Vietnam tapi nuna sendiri tak dapat nak pastikan. Menurut kilang yang nuna tanya, produk ini memang dari China. Kalau salah info jangan marah nuna.. marah tauke kilang yang inform nuna tu..😜 Oat & wheat pula kata tauke yang sangat peramah tu memang produk dari negara kita. Sebab tu lah kalau ada yang perasan logo halal oat & wheat cvmallow adalah asli dari jakim. Sementara logo halal oat choco adalah dari Negara luar (sorry nuna tak ingat dari mana) tetapi diiktiraf oleh jakim. sekian. Harap semua customer oat choco sabar menunggu stok yang baru. Btw, ada company yang sudah buat oat choco seperti twinfish. Nuna sendiri sudah try and rasanya lebih kurang. Cuma produk baru jenama echo ni isinya lebih padat dan rangup. Nanti nuna beli dan upload di sini ye. Update: nuna dah review produk echo kat entry baru.. jemput baca ye readers.. Untuk order sms atau wassap nuna 0182709665

1 comment:

  1. Kalau tak ada stok oat & wheat cvmallow....boleh juga order dengan kami di www.mymzonline.blogspot.com atau taip dan search sahaja "MYMZ On9 Bisnez". Tq

    ReplyDelete