Saturday 26 April 2014

menghitung hari

Hanya tinggal dua minggu lebih sahaja lagi untuk nuna melangkah kembali ke alam pekerjaan. Tak puas rasanya bermain dengan Choco dan CHici. Hmm sebenarnya baru2 ni nuna post kt fb tentang pencarian keluarga angkat untuk CHoco dan CHici. Tak sangka ada juga yang memberi reaksi negatif. Ye lah nuna tahu nuna tak bayar sesen pun kat bakal adopter. tapi seperti yang nuna katakan pada mereka, kalau ada anak yang lahir dari chici ke atau dia nak matingkan choco dengan kucing betina lain ke itu terpulang. Kalau dia rasa nak ambil baby cat semua pun nuna tak kisah. Nuna hanya mahukan orang yang benar2 pencinta kucing untuk jaga kucing nuna. jika anda pencinta kucing amatlah mustahil untuk anda meminta upah hasil daripada membela kucing. Hello!!! Even nuna sendiri pun tak nak gunakan duit jual kucing atau membela kucing untuk keperluan sendiri ke apa. Ok sorry bukan untuk jadi defensive. Tapi setiap kita ada prinsip. Macam mana nuna boleh hormat dengan prinsip uols macam tu jugak nuna minta uols respect dengan prinsip nuna. Yeah maybe typical malaysian. Nope actually typical melayu. Ok bukan nuna nak buruk kan bangsa sendiri tapi melihat daripada hasil terkena itu sumpah sangatlah sakit hati ye. Nuna ada cakap kalau rasa tak setuju atau tak suka dengan cara nuna keep it to yourself. Sekali awak komen nuna still lagi tak kisah. Tapi when comment u lebih banyal daripada comment nuna sendiri di post yang nuna buat tidak kah itu memberi maksud betapa busuknya hati kamu. Kau tak kenal aku personally and kau harsh aku macam lah aku bunuh kucing. Kenapa?? Kenapa perangai malaysian people macam ni. Sampai bila nak maju kalau asyik cari kesalahan orang lain sahaja. Ok sorry terlebih emo apabila bercakap pasal kucing sendiri. Mungkin ada yang tak faham sebab nuna pun main cerita tak ikut flow. Orang kata apa tak ada rythm. Hah itu je lah celoteh oooppppsss luahan perasaan sebenarnya tentang mentaliti sikap masyarakat malaysia khususnya melayu dalam mengeluarkan pandangan. yes perlembagaan kita membenarkan freedom of speech tapi tidak kah jika anda terlalu lantang memberikan pendapat, kadangkala akan terlihatlah betapa rendahnya minda anda. Ok sudah jangan meraban lagi. Mari layan lagi gambar kesayangan beta. Mungkinkah nuna akan berpisah dengan mereka??? Emmm semoga segalanya dipermudahkan..

No comments:

Post a Comment