Wednesday 30 April 2014

jalan- jalan cari makan di penang ~bandar perda~

Macam musim pula kan.. bila dah cerita pasal makan asyik makan je. Kan nuna dah cakap hobi nuna memang makan. Masak nya malas tapi makan kuat. Nasib baik husband nuna memahami perangai wifey nya yang begitu. Nuna jenis kalau dah masak asyik masak je. Kalau malas dah tak boleh nak buat apa. Sebenarnya hari ni nuna plan nak masak kek kukus. Alkisahnya oven yang baru kami menang lucky draw tak sampai usia tiga bulan dah lingkup. Sebab apa? Sebab nuna ni asyik membakar kek, cookies, biskut. Time tu takde blog lagi kalau tak boleh update. Dipendekkan cerita semalam nuna makan di nasmir donut and bakery yang terletak di bandar perda. Orang2 seberang perai mesti familiar dengan bandar perda. Kawasan ni antara tempat yang senang nak cari makanan. Banyak choice boleh pilih. Selain nasmir bakery ni kedai makan favorite nuna ialah de pauh garden n Nasi ayam depan tempat parking (takde nama kedai) ayam penyet best (aeon). Nasmir donut n bakery ni dah namanya pun bakery sudah tentu meal utama dia donut dan juga roti2 serta kek. Selain roti nya yang sedap, makanan ala carte di sini juga boleh tahan lazatnya. 1st time nuna belajar makan sambal belacan pun adalah daripada kedai ni. Sebab masa tu sambal belacan dia terkena nasi goreng nuna. Bila nuna rasa ok jugak sambal ni. Sedap.. hehe Ok semalam nuna makan mee goreng. Sebenarnya menu favourite nuna ialah kue teow goreng pedas n tomyam yang sangat sedap. Tapi semalam nuna gatal pulak order lain. Air masih sama tiap kali ke sini confirm ice blended chocolate. Pada nuna, mee goreng yang dihidangkan semalam setakat ok sahaja lah. Hanya untuk melepaskan tekak kata orang. Takde lab sedap sangat n takde lah tak sedap sangat. Husband nuna pula makan nasi goreng ikan masin. Selalu sedap tapi semalam macam tak berapa ummmppphhh sangat. Ok jom layan gambar. Harga makanan pula, rm5.50 untuk mee goreng, rm6.00 untuk nasi goreng ikan masin n rm5.50 untuk ice blended. Menariknya makan di sini ialah perkhidmatan wifi percuma n yang penting ber'econ'. Ok sampai bertemu lagi di next entry. Daa divas

No comments:

Post a Comment