Tuesday 15 April 2014

bisnes dan kerjaya

Setiap kali tulis blog mesti pasal bisnes. Isk nuna nie tak habis2.. kalau tak bisnes pun pasal dua ekor kambing gurun tu.. hehe.. ok lah kenapa nuna tulis tajuk tu.. mula2 sekali nuna nak cerita berkenaan bisnes. Adatlah semua orang yang join bisnes akan tahu bukan semuanya manis untuk dikenang. Cara nuna cakap ni macam lah nuna berhadapan dengan pengalaman pahit bisnes kan.. Tidaklah pahit sangat.. tapi just nak share story.. kelmarin nuna pos barang guna khidmat bas. Sebelum ni husband nuna yang buat. Kira ni 1st time untuk nuna. Masa husband nuna cerita kos untuk pos barang guna bas, nuna punyalah melenting sebab mahal sangat. Ye lah. Nuna pos tiga kotak. Ada yang besar ada yang sederhana. Driver tu kira tiga kotak more than rm50. Takmo lah cakap direct berapa harga sekotak kan. Apa lagi. Bengang lah nuna yang memang kepala angin ni. Nuna cakap husband nuna tak pandai nak minta kurang. Then, for the 2nd time nak guna khidmat pos bas ni, nuna sendiri yang turun padang. Sorang2 ok dengan angkat sekotak besar oat choco stok baru yang ada free gift punya n sekotak sederhana yang ada 12 paket oat choco (pun stok free gift). Dipendekkan cerita, nuna jumpa driver ni (ni driver lain, bukan yang sama dengan driver 1st) nuna tanya lah harga. Then dia beritahu harga yang lagi mahal daripada driver yang first. Hah nuna pun dah buat muka. Tapi nuna cuba juga minta tawar. Dalam lima minit selepas tawar menawar driver tu bagi kurang. (Walaupun kurang nuna still rasa mahal juga). Yelah ada customer yang nuna tak kenakan penghantaran kalau setakat sepaket dua paket. Even sekotak pun dia order, nuna kenakan penghantaran rm10 je and some of them yang memang nuna tak kira pun charge delivery. Sepanjang balik ke rumah, tak habis2 nuna mencarut dan maki driver tu. Melayu sama melayu pun tak boleh bincang. Tak habis lagi cerita pasal tu, malam tu pula dalam jam 12 lebih driver tu boleh mesej nuna (nombor nuna dia dapat sebab nuna call dia petang tu nak tahu dia dah sampai mana) cakap barang dah selamat sampai. Lain kali pos lah barang lagi. Nuna reply cakap kalau pos free boleh lah. Huh seperti yang dapat dijangka nak suruh belanja makan n tengok wayang. Taktik lah tu semua. Nuna terus tak reply sebab selepas petang kelmarin nuna dah cakap kat husband ini last kota pos barang guna bas. Haha memang hangat2 tahi ayam (tak tahu sesuai ke tak peribahasa ni) hari ni Alhamdulillah ada lagi order dari shah alam. Namun kali ni nuna terpaksa berterus terang postage bas terpaksa nuna kenakan. And tanpa banyak bicara customer ini sanggup bayar untuk postage. Alhamdulillah. Disebabkan itu, nuna plan nak bagi dia free gift. Insha Allah kalau esok nuna akan guna lagi khidmat pos bas. P/s entry baru akan cerita tentang kerjaya Layan lagi gambar dua ekor kambing gurun

No comments:

Post a Comment