Wednesday 30 April 2014

jalan- jalan cari makan di penang ~bandar perda~

Macam musim pula kan.. bila dah cerita pasal makan asyik makan je. Kan nuna dah cakap hobi nuna memang makan. Masak nya malas tapi makan kuat. Nasib baik husband nuna memahami perangai wifey nya yang begitu. Nuna jenis kalau dah masak asyik masak je. Kalau malas dah tak boleh nak buat apa. Sebenarnya hari ni nuna plan nak masak kek kukus. Alkisahnya oven yang baru kami menang lucky draw tak sampai usia tiga bulan dah lingkup. Sebab apa? Sebab nuna ni asyik membakar kek, cookies, biskut. Time tu takde blog lagi kalau tak boleh update. Dipendekkan cerita semalam nuna makan di nasmir donut and bakery yang terletak di bandar perda. Orang2 seberang perai mesti familiar dengan bandar perda. Kawasan ni antara tempat yang senang nak cari makanan. Banyak choice boleh pilih. Selain nasmir bakery ni kedai makan favorite nuna ialah de pauh garden n Nasi ayam depan tempat parking (takde nama kedai) ayam penyet best (aeon). Nasmir donut n bakery ni dah namanya pun bakery sudah tentu meal utama dia donut dan juga roti2 serta kek. Selain roti nya yang sedap, makanan ala carte di sini juga boleh tahan lazatnya. 1st time nuna belajar makan sambal belacan pun adalah daripada kedai ni. Sebab masa tu sambal belacan dia terkena nasi goreng nuna. Bila nuna rasa ok jugak sambal ni. Sedap.. hehe Ok semalam nuna makan mee goreng. Sebenarnya menu favourite nuna ialah kue teow goreng pedas n tomyam yang sangat sedap. Tapi semalam nuna gatal pulak order lain. Air masih sama tiap kali ke sini confirm ice blended chocolate. Pada nuna, mee goreng yang dihidangkan semalam setakat ok sahaja lah. Hanya untuk melepaskan tekak kata orang. Takde lab sedap sangat n takde lah tak sedap sangat. Husband nuna pula makan nasi goreng ikan masin. Selalu sedap tapi semalam macam tak berapa ummmppphhh sangat. Ok jom layan gambar. Harga makanan pula, rm5.50 untuk mee goreng, rm6.00 untuk nasi goreng ikan masin n rm5.50 untuk ice blended. Menariknya makan di sini ialah perkhidmatan wifi percuma n yang penting ber'econ'. Ok sampai bertemu lagi di next entry. Daa divas

Monday 28 April 2014

jalan2 cari makan di penang ~THE RIDGE TEJA BY THE SEA~

Semalam, nuna makan di the ridge teja by the sea. Wah nama gah kan. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama nuna makan di situ. Dah dalam tujuh lapan kali rasanya sejak setahun lebih menetap di penang ni. Selalunya nuna makan di situ memang nuna berpuas hati. Malah makan buffet ramadan di situ pun ok. tetapi semalam nuna pergi dengan perut yang tersangat lah lapar. Huh menu tak banyak pilihan sebab kata waiter nya menu setiap bulan di tukar. Semalam menu utama steambot. Tapi nuna pilih untuk makan chicken chop. Dengan harapan tempat se gah itu menyediakan chicken chop yang special. Sampai je menu alahai tak seleranya. Nuna makan dengan tak bersemangatnya. Hubby pulak order nasi goreng udang. Pun tak berapa ummmppphh.. Tak tahu lah kenapa mungkin sebab dah malam. Jap lagi nuna tunjuk gambar menu kitorang. Btw, kebaikan makan di sini. Bila siang pemandangan lawa boleh nampak bridge pastu memang dekat dengan pulau aman. Biasanya memang orang datang sini sebab nak berpusu2 ke pulau aman. Tapi kalau datang malam dinasihatkan jangan pakai short sleeve ke apa ye sebab nyamuk memang banyak. Ye lah tepi laut katakan. Ok jom tengok gambar makanan lagi. Harga makanan semua rm30 something. Harga chicken chop nuna rm14. Recommended if uols nak feeling2 makan tepi laut. Not recommended if uols tengah lapar n fefeeling nak makan sedap bertepatan dengan harga. P/s: nak buat majlis kahwin di sini pun best jugak

Jalan2 cari makan di penang ~BUKIT TAMBUN~

Ini merupakan entry pertama Nuna pasal makan. Walaupun sebenarnya nuna ni banyak makan. Ok nuna dapat tahu kedai ni dari rakan baru nuna, cikgu CT (nuna kenal dia masa jadi cikgu ganti di Smk Valdor). Berbalik kepada cerita, dah dua bulan rasanya dapur nuna tak berasap. Hehe ini bukan statement berbangga ok. Ye lah nuna bz ke hulu ke hilir ambil stok, pos stok kat customer lagi dah tu siapkan assignment kerja baru pergi kelas tuisyen lagi layan dua ekor kambing gurun lagi layan suami lagi. Haha.. Hah terus cerita lah. Nuna dan suami pernah juga berjalan ke bukit tambun (dekat dengan rumah sewa nuna kat batu kawan) tapi memang nuna tak pernah makan kat situ. Apabila Ct ajak makan kat situ, nuna pun setuju. Tapi plan kami terpaksa di cancel kan. Nuna pula merancang untuk usha dulu tempat makan yang CT katakan. So, maghrib2 tu kami keluar dan nampaklah gerai kecil yang boleh dikatakan pelanggan sentiasa ada sahaja di situ. Buat makluman semua, kawasan bukit tambun ni kebanyakan kaum CIna yang tinggal. Jadi masa CT beritahu ada kedai melayu di siti nuna pun pelik. kedai ni berhadapan dengan restoran CIna Floating market. Memang gerai kecil ni takde nama. Menurut CT yang special nya di kedai itu adalah makanan lautnya yang fresh. Kat situ ada juga menu ala carte. Tapi nuna memilih untuk makan mee udang dan hubby pula makan nasi goreng sotong goreng tepung. Hah panjang tak nama. Hehe Tak sampai lima minit menu yang dipesan pun sampai. Ye readers. Memang udang dia fresh ye. Mengenai rasa mee udang pula, nuna tak pandai nak komen tapi boleh lah dengan tekak nuna. Husband pula yang penggemar mee udang cakap rasa dia biasa2 sahaja. Bercakap pasal mee udang, sebelum ni pun memang nuna dah rasa mee udang yang digembar gemburkan oleh semua, katanya antara yang terbaik di penang. Mee udang sg dua dan di pulau aman. Rasa nya pun boleh diterima dengan tekak nuna. Ok selain mee udang kat sini juga ada jual pasembor dan cakoi n satay. Kerana tamak, kami order juga 10 cucuk satay ( sebab nuna bukan penggemar satay selain satay kajang ye). Lagi nuna tapau beli cakoi ngan pasembor. Cakoi dia memang lembut. Yang bestnya, dah sejuk pun cakoi dia masih lembut n akak tu buat cakoi ( i mean uli cakoi) kat gerai tu juga). Kalau nak makan cakoi panas2 mesti agi sedap. Ok meh layan gambar mee udang ngan nasi goreng sotong goreng tepung yang berbaloi untul anda rasa. Makanan untuk dua menu ni berharga rm12. Ok lah kan. Sorry ye kalau kualiti gambar tak bagus sebab masa maghrib ambil gambar memang nuna tak pakai flash. Takut nanti orang perasan. Hehe

Saturday 26 April 2014

menghitung hari

Hanya tinggal dua minggu lebih sahaja lagi untuk nuna melangkah kembali ke alam pekerjaan. Tak puas rasanya bermain dengan Choco dan CHici. Hmm sebenarnya baru2 ni nuna post kt fb tentang pencarian keluarga angkat untuk CHoco dan CHici. Tak sangka ada juga yang memberi reaksi negatif. Ye lah nuna tahu nuna tak bayar sesen pun kat bakal adopter. tapi seperti yang nuna katakan pada mereka, kalau ada anak yang lahir dari chici ke atau dia nak matingkan choco dengan kucing betina lain ke itu terpulang. Kalau dia rasa nak ambil baby cat semua pun nuna tak kisah. Nuna hanya mahukan orang yang benar2 pencinta kucing untuk jaga kucing nuna. jika anda pencinta kucing amatlah mustahil untuk anda meminta upah hasil daripada membela kucing. Hello!!! Even nuna sendiri pun tak nak gunakan duit jual kucing atau membela kucing untuk keperluan sendiri ke apa. Ok sorry bukan untuk jadi defensive. Tapi setiap kita ada prinsip. Macam mana nuna boleh hormat dengan prinsip uols macam tu jugak nuna minta uols respect dengan prinsip nuna. Yeah maybe typical malaysian. Nope actually typical melayu. Ok bukan nuna nak buruk kan bangsa sendiri tapi melihat daripada hasil terkena itu sumpah sangatlah sakit hati ye. Nuna ada cakap kalau rasa tak setuju atau tak suka dengan cara nuna keep it to yourself. Sekali awak komen nuna still lagi tak kisah. Tapi when comment u lebih banyal daripada comment nuna sendiri di post yang nuna buat tidak kah itu memberi maksud betapa busuknya hati kamu. Kau tak kenal aku personally and kau harsh aku macam lah aku bunuh kucing. Kenapa?? Kenapa perangai malaysian people macam ni. Sampai bila nak maju kalau asyik cari kesalahan orang lain sahaja. Ok sorry terlebih emo apabila bercakap pasal kucing sendiri. Mungkin ada yang tak faham sebab nuna pun main cerita tak ikut flow. Orang kata apa tak ada rythm. Hah itu je lah celoteh oooppppsss luahan perasaan sebenarnya tentang mentaliti sikap masyarakat malaysia khususnya melayu dalam mengeluarkan pandangan. yes perlembagaan kita membenarkan freedom of speech tapi tidak kah jika anda terlalu lantang memberikan pendapat, kadangkala akan terlihatlah betapa rendahnya minda anda. Ok sudah jangan meraban lagi. Mari layan lagi gambar kesayangan beta. Mungkinkah nuna akan berpisah dengan mereka??? Emmm semoga segalanya dipermudahkan..

Saturday 19 April 2014

Produk baru keluaran Twinfish Grainola Bar

Selepas fenomena oat choco chocolate keluaran Twinfish, kini syarikat dari CHina in memperkenalkan produk terbaru mereka GRainola Bar. Produk terbaru ini juga dijangka bakal menjadi hot selling product menyaingi oat CHoco CHocolate.. Wah gitu sekali ko promote produk twinfish ye nuna.. macam ada share lah pulak kan.. Hehe.. ye takyah kutuk2 ye.. memang skema penulisan di atas tu.. bukan apa nak mengimbas kembali cara penulisan masa jadi business reporter dulu.. Ok back to the topic.. Ye readers.. produk Grainola bar ni fresh from oven.. jika anda yang rasa dulu kira anda antara golongan2 pioneer untuk pe'rasa' makanan produk ni.. apa benda ko tulis nie nuna.. mana ada perkataan pe'rasa'.. whatever, nuna pun nak jadi pioneer lawan dewan bahasa dan pustaka.. hahaha.. verangan.. Ok cerita pasal produk ni.. nuna dapat tahu beberapa hari lepas daripada pengilang.. tapi nuna tak berani beli lagi sebab produk ni belum terkenal kan.. Tup tup malam ni dah ada customer yang tanya pasal produk ni.. so, esok memang nuna akan terus beli produk nie untuk try di samping jual.. Esok nuna update review untuk grainola bar ni ye.. Kepada customer nuna, jangan risau setiap order daripada anda nuna akan selitkan tester grainola bar ni.. kalau anda rasa sedap bolehlah terus order kat nuna ye.. Ok sabar menunggu next entry ye.. Daa divas semua..

kembali mengejar deadline

Biarpun belum lagi bergelar wartawan majalah, tetapi nuna kini sedang sibuk mengejar deadline untuk majalah parenting.. Yes!! You hear me.. PARENTING hokey!!!! Walaupun nuna belum bergelar mommy not even ura2 untuk bergelar mommy.. Tak ingat lah pula kalau nuna ada tulis sebelum ni berkenaan kerja proof read yang nuna kena buat sebelum memulakan tugas sebagai wartawan majalah di sebuah syarikat di sri hartamas.. Yes sri hartamas ye dear.. tak tahu lah macam mana kehidupan nuna di sana.. tak kan lah nak ulang alik dari banting.. Rumah sewa sana mak datuk macam semua orang kat sana kerja sebagai manager.. haha ko dah kenapa nuna ambil contoh manager.. Ok back to the topic.. deadline untuk proof read ni selasa depan.. lagi 3 hari sahaja.. harap2 sempat. Yang nuna nak beritahu kat sini, nuna dah pun confirmkan dengan company tu untuk terima offer mereka.. gaji boleh cakap cukup2 makan sahaja lah.. tapi boleh lah daripada jadi suri rumah sepenuh masa kan.. Ok lah daripada takde.. yang buat nuna berminat nak sertai company tu sebab mereka nak buat majalah traveling dalam bahasa melayu. Kira kalau nuna masuk nuna lah jadi seniornya.. Pun begitu, nuna masih berharap untuk dapat job yang satu lagi.. harap2 minggu depan ni hah mereka akan call.. tapi takmo lah letak harapan yang tinggi kan. Kang menyesal.. Ok itu je coretan untuk entry kali ini.. kalau ada apa2 yang menarik nuna akan update lain.. Daa....

Friday 18 April 2014

Date & Fate Crunchy CHocolate & White CHocolate

Memandangkan nuna dah review pasal oat choco chocolate twinfish dan oat & wheat cvmallow, entry kali ini nuna cerita sedikit mengenai produk Date & Fate Crunchy yang turut nuna jual. Ramai customer nuna yang tidak tahu produk Date & Fate Crunchy ni. Ok readers.. Date Fate ni ada dua flavor.. 1 DAte Fate CRunchy CHocolate dan 1 lagi Date Fate Crunchy WHite CHocolate.. Meh tengok dulu gambar Date & Fate Crunchy nie... Kotak yang kaler purple tu (ada customer yang kata kaler pink) date fate crunchy chocolate dan kotak yang kaler krim tu pulak date fate crunchy white chocolate.. Date fate ni sejenis cereal ye readers.. so, faham2 lah apa khasiat cereal tu.. Selain itu, date fate ni juga sesuai dijadikan gift untuk tetamu atau pun boleh juga dijadikan door gift untuk mereka yang nak buat majlis istimewa such as birthday party ke, kenduri kahwin ke apa2 lah yang dirasakan sesuai. Cuba tengok kotak dia, cantikkan.. kira nie exclusive gift lah untuk tetamu atau orang yang anda sayang.. Jom kita zoom in kotak dan isi dalam tu.. Seperti nama produk date & fate sesuai sangat diberikan untuk lover.. (bukan hanya kekasih shj ye boleh juga ibu bapa or family).. tengok ada juga perkataan you & me.. kerlasss sangat kan orang yang buat kotak ni.. sambil dijadikan gift boleh juga mendidik orang tersayang makan makanan berkhasiat.. Ok tanda halal pun ada dari malaysia & asia region. Setiap flavour dibekalkan tiga warna bagi menarik perhatian si pemakan. Hehe jangan keliru ye.. warna sahaja berbeza tapi rasa tetap sama. Date fate chocolate ada tiga warna iaitu biru cair, hijau dan pink. Date fate white chocolate juga tiga kaler iaitu biru laut, oren dan merah hati. Mengenai rasa pula, sesiapa yang sukakan manis elok lah pilih white chocolate. Rasanya lebih manis daripada date fate chocolate tapi tidak lah terlampau manis sehingga boleh membuatkan anda kencing manis.. hehe.. Pilihan nuna? Hmmm dua2 nuna suka tapi nuna prefer date fate white chocolate walaupun nuna ni jenis tak suka manis.. Ok daa harap berpuas hati dengan review yang nuna berikan. Harga sepaket rm13. Namun jika ada yang hendak beli secara borong, nuna bagi harga lain ye. Jika berminat boleh sms atau wassap 0182709665

Thursday 17 April 2014

dugaan..

Setiap peniaga pasti tidak sunyi daripada melalui pengalaman pahit. Begitu juga dengan nuna.. ceh ingat nak tulis artikel dalam magazine tak pun newspaper ke.. Hehe.. ok mood nuna pada hari ini kembali stabil so dah boleh mencoretkan apa yang terbuku di hati.. Dah kenapa ko nuna bagi ayat bukan main jiwang lagi.. Ok readers.. macam ni.. semalam nuna sakit hati sangat dengan satu customer nie.. CHOP CHOP.. ye nuna tahu frasa tu 'customer is always right'. Tetapi siapa yang membaca ni uols nilaikan lah sendiri.. Nuna tak kata all the fault terletak dalam diri si tut tu sahaja. Sebaliknya nuna sendiri ada melakukan kesalahan. Know what??? Kesalahan terlalu baik dan mempercayai strangers.. Ceritanya begini, kelmarin (bertarikh 15 april) ada seorang minah ni macam biasa lah mesej nuna bertanyakan oat choco. Less than 1 hour dia terus menyatakan minat nak beli. No bukan minat tetapi sebaliknya decision untuk beli 2 karton oat choco n oat wheat. Yes, bukan amount yang sikit ye kawan2. Deal dengan dia takde masalah. Dia seorang yang cepat buat decision and boleh dikatakan tak minta kurang pun untuk order tu. Sebabkan dia order dua karton, dia ada minta free gift and tanpa berfikir panjang terus nuna setuju. Ada here and there yang nuna tak cerita sebab panjang sangat. Ok dipendekkan cerita minah ni setiap kali nak buat keputusan dia akan tanya dahulu dengan kakaknya yang merupakan seorang guru di area kuala selangor. Petang dalam jam 6 ke 7 pada hari yang sama, kakak dia nie mesej. Chop lupa nak beritahu. Dia cancel 1 karton sebab alasan tak percaya kepada pos bas. Yang ni nuna tak kisah sebab at 1st nuna sendiri kurang percaya. Then nuna cakap ok takpe. Pada mulanya kakak dia ni minta kurang. Nuna cakap ok boleh. Lepas tu bila dah keluar sebut harga yang nuna berikan dia minta lagi genapkan harga (means kurangkan lagi). Nuna tak beritahu husband sebab kalau dia tahu confirm marah. Ok nuna cakap boleh lah genapkan harga tu senang nak kira si kakak ni cakap. Then dia kata malam tu dia akan bank in. Malam beransur ke pagi esoknya, jam 6 lebih dia cakap pagi2 ni dia akan bank in. Nuna pun tak kisah. Cikgu lah katakan kita kalau boleh dengan melayu takmo lah berkira sangat. Sebab nuna fikir barang pun belum hantar lagi. Tengahari sebelum hantar bila nuna tanya dah bank in ke dia kata sibuk. Tak sempat bank in. Yang menyakitkan hati dia push nuna suruh pos barang tu cepat sebab dia nak kena ambil di klang sentral. Rumah dia jauh nuna faham. Siap minta ambil gambar barang sebelum pos lah macam2 lagi dia minta. Nuna dengan rela hati memenuhi permintaan dia bagi membuktikan i am not a liar. Ye lah bila berurusan dengan orang yang kita tak kenal confirm akan ada rasa curiga. 5 ke 6 gambar nuna bagi kat wassap dia. Lepas settle semua dalam jam 1 ke 2 petang (nie barang dah gerak nak pergi ke klang sentral ni) si customer ni masih belum bayar. Nuna biarkan lagi sebab barang belum ada di tangan dia. Nuna fikir jika dia tak bayar nuna nak sedekah je sekarton barang tu pada driver yang bawa. Then, petang dalam jam 5.30 ke macam tu dia suruh nuna tanya driver dah dekat mana. Padahal nuna dah beritahu dalm half an hour sebelum driver sampai nuna akan follow up balik. Tapi fikirkan customer yang very the diva ni, nuna call juga driver. Masa tu driver ada di bidor. Nuna inform balik kat customer dan cakap kalau dah bank in inform. And ayat biasa dia jangan risau. Ok fine sabar lagi, dalam jam 7 nuna call lagi driver and time tu driver dah ada kat shah alam. So, nuna call minah diva ni and beritahu driver dah kat shah alam. Dalam setengah jam sampai. Masa call suara minah bi ok. Cool je. Dia cakap tadi nak bayar cimb bank out of service. So dia tak sempat. Lagipun dia ada koko sampai petang. Ok takpelah sabar lagi. Then nuna follow up lagi dengan driver and inform kat minah tu. Dalam jam 7.45 macam tu minah ni mesej barang dah diterima. Nuna cakap ok jangan lupa bank in. Dia kata itu sudah semestinya, jangan risau. Nuna tak contact minah ni sehinggalah habis kelas tuisyen nuna jam 10 malam. Masa tu nuna fikir nak berhenti bank cek duit. Dalam 10.15 nuna mesej dia and tanya dah bank in ke dan tiada jawapan dari pihal sana. Seperti yang sudah dijangka, customer very the diva tu tak bank in lagi ye. Hello ko dah dapat barang tapi ko tak bank in. Apa lagi nuna buat keputusan call dia. Memang salah nuna sebab nuna call dalam keadaan marah. Tapi masa awal nuna call nuna bagi salan dulu and cakap elok2. Nuna tanya bila nak bank in. Dia dengan suara lemah gemalai cakap maaf tak bank in lagi mesin cimb semua out of service. Aku memang tak boleh terima alasan bangang camtu. Nuna cakap then y dont u inform me earlier. Buat orang macam tunggul. Asyik saya je follow up dengan awak. Barang dah sampai tapi duit tak bayar lagi. Lepas tu dia boleh kata sabar jangan marah2. Dah malam ni takkan dia nak keluar pergi bank. What the ... (yang ni nuna tak cakap ek.. nie dalam hati nuna. Ntah alasan bangang apa lagi dia nak cakap). Terus terang nuna memang tinggikan suara kat dia. Siapa boleh tahan. Dia asyik cakap jangan risau. Nuna cakap bukan masalah risau. Awak dah dapat barang awak kena terus bayar. Sepatutnya sebelum dapat barang lagi awak bayar. Tapi nie barang dah dua jam kat awak pun masih tak bayar lagi. Dia senyap je nuna membebel. Yes dia kena sedar kesalahan memang pada dia. Nuna bagi dia tempoh before 11 p.m. Dia cakap ok. Then tak lama lepas tu dia kata dah transfer kat cimb. Lain kali jangan tengking orang. Saya bukan penipu. Oh my god.. memang nuna sakit hati lagi time tu ye. Nuna pun satu dah dia kata dia dah bayar nuna still call dia. Nuna kata boleh pulak transfer. Kalau tak keep on bagi alasan je. Nuna dok.membebel2 dia terus letak telefon. Haish pelik kan perangai nuna. Walaupun masa tu banyak yang nuna nak cakap tapi nuna fikir biar takde dendam r lepas nie. Hehe nak tahu sebab apa, nuna takut dia apa2 kan nuna. Haha pelikkan. I mean apa2 kan tu macam guna benda2 yang syirik. Yeah we never know perangai orang lain2 kan. Ye tak baik buruk sangka kat orang. Last sekali nuna call dia and minta maaf. Nuna cakap moga takde dendam di hati. Dia pun mengaku salah dia sebab lambat bayar. Itulah ceritanya and sampai sekarang nuna tulis kat blog ni husband nuna masih tak tahu. Kalau dia tahu mesti teruk nuna kena marah sebab percaya pada strangers. Btw, if u're reading this (yes i mean the diva customer) nuna minta maaf sebab tengking awak as i felt u deserve that. Apa pun tq jadi customer nuna as nuna tahu dia serik nak berurusan dengan nuna macam mana nuna pun serik nak deal dengan dia lagi. No next time for you. P/s: i am not desperate for the money as sehingga ke petang ini nuna tak cek lagi bank sama ada dia betul bank in ke tidak. Sebab dia tak bagi bukti slip bank ke apa kat nuna. Ok adios.. keep smiling

Wednesday 16 April 2014

fenomena oat choco twinfish dan oat wheat cvmallow

Boleh dikatakan setiap jam telefon nuna berdering, berbunyi, ber'beep' kerana semuanya bertanyakan oat choco. Buat pengetahuan semua, stok oat choco sekarang ni memang limited. Nak tahu kenapa? Sebab company tu tengah buat stok latest punya yang ada free gift. Semua kilang nuna call bagi mendapatkan stok ni namun jawapannya sama. Produk masih di kapal. Belum dibawa ke supplier. Bagi yang tidak tahu, oat choco chocolate jenama Twinfish (atau kalau dengan supplier cina dia tak sebut TWinfish, dia sebut dua ikan) hehe.. diimport dari negara China. Ada yang kata produk ini banyak di Vietnam tapi nuna sendiri tak dapat nak pastikan. Menurut kilang yang nuna tanya, produk ini memang dari China. Kalau salah info jangan marah nuna.. marah tauke kilang yang inform nuna tu..😜 Oat & wheat pula kata tauke yang sangat peramah tu memang produk dari negara kita. Sebab tu lah kalau ada yang perasan logo halal oat & wheat cvmallow adalah asli dari jakim. Sementara logo halal oat choco adalah dari Negara luar (sorry nuna tak ingat dari mana) tetapi diiktiraf oleh jakim. sekian. Harap semua customer oat choco sabar menunggu stok yang baru. Btw, ada company yang sudah buat oat choco seperti twinfish. Nuna sendiri sudah try and rasanya lebih kurang. Cuma produk baru jenama echo ni isinya lebih padat dan rangup. Nanti nuna beli dan upload di sini ye. Update: nuna dah review produk echo kat entry baru.. jemput baca ye readers.. Untuk order sms atau wassap nuna 0182709665

writer-to-be

Sambungan entry bisnes dan kerjaya.. Alkisahnya.. nuna dah almost siap taip untuk entry kali ini malam tadi.. Namun disebabkan terlebih bijak.. nuna tak save apa yang nuna taip and here we go.. karanglah kau lagi sekali ye nuna.. Entry kali ini nuna nak cerita berkenaan dengan interview kerja yang telah nuna hadiri pada selasa lepas.. And guess what? Alhamdulillah mendapat offer kerja sebagai writer untuk majalah.. Seperti yang nuna katakan sebelum ini, kerja yang ditawarkan adalah di sri hartamas.. jadi kepada yang tinggal di kawasan lembah klang sudah pastinya tahu living cost di situ.. Disebabkan gaji yang ditawarkan lebih kurang so-so sahaja dengan kerja nuna sebelum ini, jadi nuna pohon pihak company beri nuna masa seminggu untuk memikirkan tawaran tersebut (dahsyat nuna kan boleh pula minta tawar-menawar). Honestly, nuna berharap untuk mendapat kerja yang lagi satu ni tapi tak tahulah peluang tersebut cerah ke tak. Yang nuna boleh cakap 50 fifty je. Alasannya sebab nuna berpengalaman and dorang tak berani nak bayar gaji tinggi. Tapi rasanya diorang psiko nuna je time tu. Ok ade lg lima hari sahaja untuk buat keputusan. Harap semuanya dipermudahkan. Btw, lupa nak beritahu yang menariknya kerja yang nuna dapat ni ialah nuna akan jadi writer untuk majalah traveling.. hehe melancong lah kita selepas ini.. P/s kalau ada masa nuna akan ceritakan situasi interview. Boleh dijadikan reference untuk mereka yang nak menghadiri interview sebagai journalist or writer.. Macam biasa layan gambar kambing gurun ni..

Tuesday 15 April 2014

bisnes dan kerjaya

Setiap kali tulis blog mesti pasal bisnes. Isk nuna nie tak habis2.. kalau tak bisnes pun pasal dua ekor kambing gurun tu.. hehe.. ok lah kenapa nuna tulis tajuk tu.. mula2 sekali nuna nak cerita berkenaan bisnes. Adatlah semua orang yang join bisnes akan tahu bukan semuanya manis untuk dikenang. Cara nuna cakap ni macam lah nuna berhadapan dengan pengalaman pahit bisnes kan.. Tidaklah pahit sangat.. tapi just nak share story.. kelmarin nuna pos barang guna khidmat bas. Sebelum ni husband nuna yang buat. Kira ni 1st time untuk nuna. Masa husband nuna cerita kos untuk pos barang guna bas, nuna punyalah melenting sebab mahal sangat. Ye lah. Nuna pos tiga kotak. Ada yang besar ada yang sederhana. Driver tu kira tiga kotak more than rm50. Takmo lah cakap direct berapa harga sekotak kan. Apa lagi. Bengang lah nuna yang memang kepala angin ni. Nuna cakap husband nuna tak pandai nak minta kurang. Then, for the 2nd time nak guna khidmat pos bas ni, nuna sendiri yang turun padang. Sorang2 ok dengan angkat sekotak besar oat choco stok baru yang ada free gift punya n sekotak sederhana yang ada 12 paket oat choco (pun stok free gift). Dipendekkan cerita, nuna jumpa driver ni (ni driver lain, bukan yang sama dengan driver 1st) nuna tanya lah harga. Then dia beritahu harga yang lagi mahal daripada driver yang first. Hah nuna pun dah buat muka. Tapi nuna cuba juga minta tawar. Dalam lima minit selepas tawar menawar driver tu bagi kurang. (Walaupun kurang nuna still rasa mahal juga). Yelah ada customer yang nuna tak kenakan penghantaran kalau setakat sepaket dua paket. Even sekotak pun dia order, nuna kenakan penghantaran rm10 je and some of them yang memang nuna tak kira pun charge delivery. Sepanjang balik ke rumah, tak habis2 nuna mencarut dan maki driver tu. Melayu sama melayu pun tak boleh bincang. Tak habis lagi cerita pasal tu, malam tu pula dalam jam 12 lebih driver tu boleh mesej nuna (nombor nuna dia dapat sebab nuna call dia petang tu nak tahu dia dah sampai mana) cakap barang dah selamat sampai. Lain kali pos lah barang lagi. Nuna reply cakap kalau pos free boleh lah. Huh seperti yang dapat dijangka nak suruh belanja makan n tengok wayang. Taktik lah tu semua. Nuna terus tak reply sebab selepas petang kelmarin nuna dah cakap kat husband ini last kota pos barang guna bas. Haha memang hangat2 tahi ayam (tak tahu sesuai ke tak peribahasa ni) hari ni Alhamdulillah ada lagi order dari shah alam. Namun kali ni nuna terpaksa berterus terang postage bas terpaksa nuna kenakan. And tanpa banyak bicara customer ini sanggup bayar untuk postage. Alhamdulillah. Disebabkan itu, nuna plan nak bagi dia free gift. Insha Allah kalau esok nuna akan guna lagi khidmat pos bas. P/s entry baru akan cerita tentang kerjaya Layan lagi gambar dua ekor kambing gurun

Sunday 13 April 2014

dilema peniaga kecil

Almost a week nuna tak berkesempatan nak tulis blog.. bukan apa sejak balik dari kampung khamis lepas nuna busy sgt.. Ye lah menguruskan bisnes lagi.. ok pepagi ni nak cerita sikit pasal bisnes.. Alhamdulillah.. nuna gembira sangat tengok perkembangan bisnes kecil-kecilan ni.. Dalam pada gembira, terselit juga rasa kecil hati.. 1st of all ini bukan edisi sentap ye.. ini edisi luahan perasaan sahaja.. Luahan perasaan seorang peniaga.. dulu sebagai seorang pelanggan sudah tentulah kita hendak mencari harga yabg terbaik. Nuna tak nafikan.. hak pelanggan untuk mencari harga yang murah untuk produk yang dia hendak.. macam nuna sendiri bila nuna rasa harga tu mahal nuna akan let go dan try cari peniaga lain. Straight to the point, dua hari lepas (kalau tak silaplah) ada member nuna yang post status mengatakan dia beli oat choco dengan harga yang murah. Then, yang terasa hatinya nuna kat sini komen rakan2nya.. ada yang cakap murahnya.. beli kat online lagi mahal. Sampai rm15 sepaket.. cekik darah betul peniaga online dan macam2 lagi lah komen yang tak sedap dibaca.. I agree with their statement. Sebagai pembeli apabila kita dapat tahu barang tu lebih murah daripada yang kita dah spend sudah tentu rasa terkilan. Tapi readers, let me clarify something bukan semua peniaga online ambil untung yang banyak. Macam nuna sendiri kadang2 bila dikira balik lepas tolak tambah darab bahagi dengan duit minyak, duit tol, free delivery kat customer, pos bas pun kadang2 nuna tak kenakan cas pun kat customer.. untung masih pada customer. Sometimes balik modal pun tidak dengan nak bagi upah kat orang tu lagi orang ni lagi.. Berbalik kepada komen rakan2 tadi, bukan semua kami peniaga kecil kecilan ni mendapat harga yang rendah.. to be honest nuna sendiri terkejut apabila dapat tahu rakan nuna tu dapat beli dengan harga yang betul2 murah di satu negeri ni. Kalau negeri kelantan dan terengganu nuna tak hairan sebab kat sana memang nuna tahu murah.. nuna sendiri beli borong dari supplier dengan harga yang lebih mahal.. walaupun harga agen.. Jadi dalam berniaga takkanlah awak beli contoh dengan harga rm1 awak nak jual pun rm1 ye tak.. paling kurang pun mesti lah nak up kan 10 peratus daripada harga modal.. itu pun harga tak dikira duit minyak ye readers. Yang bertambah pandai lagi dalam komen tu, ada yang suruh rakan nuna ni pos dekat rumah dia. Sayang sayang s3mua.. daripada awak nak suruh rakan awak pos baiklah lagi jika awak beli sahaja dekat orang yang jual berdekatan dengan awak tu sahaja.. kerana awak hanya fikirkan ke'murah'an harga produk sahaja sebaliknya harga pos awak tolak ketepi hanya kerana ingin mendapatkan sepaket dua produk yang dijual dengan harga yang murah.. Unless awak nak beli borong tu saya memang tak hairanlah.. keuntungan memang di tangan awak.. Sekian sahajalah celoteh nuna pagi2 nie ye.. Ini luahan hati sahaja janganlah ada yang sentap.. Nuna sendiri faham adatlah orang berniaga ada yang puas hati ada yang tidak.. yang penting customers.. they are always right.. P/s: harga yang nuna jual bukan rm15 ye.. hehe mahal sangat tu bagi nuna.. Nah layan gambar CHOCI (CHOCO DAN CHICI) bukan OAT CHOCO.. haha

Tuesday 8 April 2014

serba salah.. berbelah bagi..

Alhamdulillah syukur ke hadrat ILahi interview nuna petang tadi berjalan lancar. Walaupun ada terkurang tergagap tergelincir here and there tapi harap semuanya diberkati.. Kalau ada ada lah kalau tak ada pu terima juga mungkin bukan rezeki.. Cuma ada lagi satu interview hari khamis i ini. Harap dipermudahkan segalanya.. Setelah sekian lama hari ini nuna kembali pakai heels untuk jangka masa yang lama.. Akibatnya sekarang teoat jam 1.40 pagi nuna masih tak boleh tidur.. Semuanya kerana kaki nuna berdenyut2 sangat.. Bila mengadu kat hubby dia cakap takmo ambil tahu.. padahal selalu dia lah yang menjadi tukang urut kita.. Kecil hati juga namun tujuan dia cakao begitu kerana jika nuna dapat kerja di sini maka dia akan tinggal berseorangan di penang sana.. Bukan tak kesian.. siapalah yang kahwin hendak duduk berasingan namun kalau dah rezeki tercatat di selangor nak buat macam mana.. Bukannya tak usaha nak mencari kerja di penang.. Susah juga ada blog ni semua cerita nak tulis kat sini.. Ok lah yang penting biar apa pun keputusan interview nanti kalau husband nuna bagi barulah nuna akan pergi... Nuna pun takkan paksa dia ikut nuna sebab dia.nak jaga emak dia yang sakit.. Baru tiga hari nuna kat umah parent nuna dah rindu kat husband and of course my two kambing gurun... Love you family!!!! Layan gambar sakura di penang.. nie hubby bagi dia cakap ambil dari fb penang.. kepada photographer saya mohon kebenaran ambil gambar ini ye... tq 😊

Sunday 6 April 2014

excited.. runsing.. macam2 ada

Assalamualaikum semua.. Hari ni nuna bangun pagi2 sebab nak kena masak untuk ayah nuna.. dia nak bawa bekal ke tempat kerja.. Nuna masak mee goreng je cepat dan mudah.. Sebelum nak sambung tidur ni nuna search pasal company yang nuna nak kena pergi interview esok.. oh ye btw had i mentioned that i'm going to the interview? Tujuan nuna balik kampung berseorangan ni pun sebab nak hadir interview lah.. company apa semua biarlah menjadi rahsia dulu sehinggalah nuna berjaya mendapat kerja tu barulah nuna akan inform.. Haha poyo sangat ko kan nuna.. Sebenarnya nuna plan nak balik selasa malam sebab hari rabu tu nuna ada kelas.. Tapiiiii jeng jeng jeng... semalam semasa nuna n family tengah shopping barang kat nsk klang (1st time nuna jejak kaki kat sana) nuna dapat notification email yahoo nuna.. guess what? Alhamdulillah thanks Allah.. nuna terima lagi satu interview hari khamis ni.. memang nuna harap sangat terima email ni ye lah sebab nuna dah lama tak kerja.. lagipun nuna rasa kerja ni MASIH lagi menjadi jiwa nuna.. Key word dia MASIH ye kawan2.. Yes.. I hope to be a journalist again.. dan dua interview ni pun memang untuk position wartawan.. Ok berbalik kepada tajuk entry kali ni.. rasa excited confirm lah ada walaupun tak confirm lagi dapat job tu ke tidak kan.. tapi at least harapan tu dah ada.. Dalam pada excited, nuna juga rasa runsing.. nak tahu kenapa.. sebab nuna fikir kalau lah nuna dapat kerja ni macam mana nuna nak mulakan hidup di tempat kerja baru tanpa kehadiran sang suami dan dua ekor 'kambing gurun' (kami gelarkan chici dan choco sebagai kambing gurun).. Memang masa berbincang dengan hubby nuna yang akan bawa 'them' (choco chici) tinggal dengan nuna kat selangor ni.. Tapi faham2 je lah kerja reporter.. i'm afraid i dont have enough time for them.. Banyak sebenarnya nak kena fikir.. tapi bak kata hubby tak payah fikir dulu.. wait until the job is confirm in my hand.. Ni nuna tinggalkan choco chici baru hari kedua pun dah risau.. Semoga ALLAH permudahkan semuanya.. P/s: isteri mithali sangat kan risau tinggalkan kucing daripada tinggalkan suami #wajahkesayanganbeta

Saturday 5 April 2014

balik kampung!!!

Satu hari nuna tak update blog.. Maklumlah busy bebenor.. tadi pagi ada kelas sampai pukul 3 petang.. Dah tu sampai rumah dalam jam 4 petang terus makan sebab dari pagi tak makan (padahal dah melantak nasi lemak).. Lepas makan baru je nak melelapkan mata masuk order oat & wheat.. Apa lagi.. stok pun dah nak habis.. terus kol tauke tanya kedai buka lagi ka.. Tauke dah tutup kedai tapi dia kata boleh tunggu sebab kami nak beli banyak.. Hubby and wifey nie pun tergesa2 lah nak pergi jumpa tauke ambil stok.. Alhamdulillah dapat nego sikit dengan tauke sebab kami regular customer die.. Dapat lah kurang rm4... haha jadi lah.. kita pun faham berniaga mana boleh nak turun harga banyak2.. Lepas tu terus zoom pergi beli tiket bas pula malam ni nak kena balik selangor.. Lepas beli tiket sampai rumah dalam jam 9 sebab sebelum tu jumpa edo dulu bagi laptop.. then, makan2 pastu ambil masa setengah jam main dengan choco dan chici.. Rasa sedih nak tinggalkan choco dan chici tapi takpe lah nuna pergi dalam tiga hari je sebab nak hantar stok ngan ada interview kat kl... Ya Allah semoga segalanya dipermudahkan.. And now nuna on the way dalam.bas nie meluangkan masa untuk update blog.. Bless me ya Allah.. permudahkan segala urusanku.. Aminnnn Layan jap pic choco dan chici aksi mereka sebelum nuna berangkat balik..

Friday 4 April 2014

oat & wheat

Giler tak giler pukul 3 pagi tak tidur lagi.. Dah lah esok pagi ada kelas.. memang sembap lah mata ko nuna.. Ok tajuk entry kali ni nuna nak cerita pasal salah satu produk yang nuna jual.. Oat & wheat keluaran cvmallow.. Sebelum ni nuna cerita pasal oat choco kan, kali ni kita cerita produk yang terlebih laris nie.. Honestly, antara empat healthy cookies yang nuna jual, oat & wheat adalah hot selling product.. Personally memang mula2 rasa pun nuna dah jatuh cinta dengan oat & wheat.. Sampaikan order yang masuk untuk oat & wheat tak terkira banyaknya.. Jom tengok gambar yang nuna sempat ambil.. Paling penting ada tanda halal dari jakim ye kawan2.. so makanlah tanpa waswas.. Untuk order sms atau wassap 0192709665

Choco dan Chici

Apa Choco dan Chici nie? Jenama baru untuk oat ke? Haha tidak ye kawan2.. Choco dan Chici ni ialah dua ekor kucing comel yang saya bela.. Ok Choco usia dia setahun dua bulan (kalau tak salah kira lah) sebab saya beli dia masa bulan mei tahun lepas, nyonya tu kata umur Choco time tu tiga bulan.. Meh layan gambar Choco yang asyik nak cari betina je.. Dasar kasanova.. dah dua kali mating pun masih tak puas lagi.. Comel kan??? Haha takyah tipu memang ramai yang cakap comey pun.. Baka dia tak sure sebab nyonya tu pun tak tahu persian tu apa.. Yanh pasti Choco bukan pure persian.. tapi tengok kat internet ada yang cakap jenis CHoco ni semiflat persian.. tak tahu lah.. Ok cukup cerita pasal Choco sebab kalau melalut nanti memang ber'entry'2x boleh buat cerita pasal dia ni.. Chici pulak kucing betina yang aku beli dari seorang akak kat queensbay.. Ooopppsss lupa nak cakap CHoco jantan ye... Chici nie betina.. Usia CHici tepat 1 april lepas dah lima bulan. Sebabnya akak yang jual tu cakap 1 feb lepas usia CHici tiga bulan masa aku ambil kat dia tu.. itupun kalau aku tak mengalami short term memory lost lah kan.. Ok meh layan gambar CHici plak yang sangat sangat sangat sangat hyper.. Nie pula gambar dua beradik lain emak lain bapak nie.. jom layannn Ok cukuplah untuk hari nie.. daa P/s jangan risau next2x entry confirm punya muka dua ekor nie akan mencapub