Tuesday 26 August 2014

review novel suami ekspres

Sebenarnya dah hampir sebulan nuna habis baca novel ni, tapi disebabkan kekangan masa lambatlah nuna nak mengolah ayat untuk review novel nie. Tengok tajuk dia mesti ramai yang menjangkakan typical novel sekarang kahwin kontrak, kahwin mak bapak arrange kan, kahwin tapi tak kenal pasangan n semua yang sekutu dengannya lah. 1st nuna pinjam novel ni dari housemate nuna baru 2, 3 muka baca mengantuknya. Y? Keranan pengolahan ayat sedikit skema. Nuna berjaya juga habiskan novel ni dalam masa 3 hari kalau tak silap, itu pun sebab hari bekerja. Kalau weekend bi sure sehari pun dah habis. Kesimpulannya banyak unsur agama diselitkan dalam novel nie. Yang muda mudi tu jangan bila cakap novel agama je dah taknak baca. Actually novel ni bagus (maybe ini sebab pertama kali nuna baca novel genre camni) tapi serious cakap memang sesuai sangat dengan anak2 muda sekarang nie. Yang dah lupakan ajaran agama apabila bercinta. Btw, am x talking about myself. Ini secara general kebanyakan anak muda sekarang bercinta dahulu sebelum berkahwin. Alasan sebab nak kenal hati budi dulu sebelum mendirikan rumah tangga. Katanya kahwin hanya sekali seumur hidup. Dalam novel ni, nuna sendiri terbayangkan seronoknya lah kalau bercinta selepas kahwin. Dengan suami sendiri pun masih malu2. Haha dah katanya penggemar novel imaginasi haruslah tinggi. So nuna pun bayangkan lah watak heroin tu nuna husvand plak watak faris ar rayyan. Hah nama nak sedap je. Ok ini dah bukan review sebab ade 2 3 kerat je nuna sebut pasal novel yang selebihnya syok sendiri. Dah malas nak tulis banyak. Belilah novel ni ye sebab sedikit sebanyak pasti akan timhul keinsafan dalam diri kita. Trust me! Kalau x de perasaan jugak sah hati tu dah gelap. Nuna yang takde perasaan ni pun terasa insaf membacanya. Ok meh tengok kulit novel ni. Tak ingat hasil karya siapa so tengok je lah kat kulit depan tu. P/s kalau gambar terbalik sana sini tu maafkanlah ye sebab saya menaip guna handphone cikai. Takde masa nak edit2 ke nak rotate ke.

No comments:

Post a Comment