Saturday 9 August 2014

review novel kerana satu janji- ameera ameer

This is my 1st review tentang novel. Ye nuna suka sangat baca novel. Tapi kalau bab nak membelinya sungguh liat. Because nuna rasa tidak berbaloi as i juz read it once n bila2 yang rasa boring. Disebabkan boring jugaklah nuna ke kedai buku popular aeon rawang dan terpikat untuk beli novel nie- kerana satu janji hasil nukilan ameera ameer. Y nuna beli? Sebab sinopsisnya. Haha nuna suka novel yang romantik dan bila baca sinopsis nuna rasa nak tahu macam mana jalan ceritanya. Ok straight to the point cerita pasal novel ni, mula2 pembacaan nuna dah rasa teruja untuk menghabiskan novel.nuna start baca pukul 10 malam and tidur pukul 3 pagi disebabkan novel nie. Cerita ni mengisahkan hannah (gadis kaya yang sangat ego n sombong) terpaksa berkahwin dengan seorang cikgu sekolah menengah (ilham). Ya cerita awal stereotype biasalah kahwin kontrak or paksa memang sekarang ni menjadi pilihan tema novelis. Hannah terpaksa memilih ilham menjadi suami kontraknya selama tiga bulan kerana menolak perancangan keluarganya untuk disatukan dengan anak tan sri merangkap lelaki buaya darat yang pernah cuba untuk merogolnya (azryll). Konflik bermula apabila ilham yang sudah bertunang dengan suraya bersetuju untuk berkahwin dengan hannah disebabkan ingin membebaskan adiknya, izwan yang dituduh songlap duit syarikat. Nuna nak review banyak2 pun nanti tak best pulak korang nak baca. Tapi seriously novel nie worthy to read. Lebih menarik apabila novelis cuba membawa penonton berimaginasi dengan lagu. Mula2 baca lagi dah ada sedutan lagu afghan kalau tak silap.. jika aku bukan jalanmu, ku berhenti mengharapkanmu, jika aku memang tercipta untukmu, ku kan memilikimu.. haha memang nuna ikut menyanyi sekali lah kan. Then hujung novel pun ada lagu favourite nuna lagu hazama tajuk apa ntah. Kurelakan jiwa tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu, kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku. Ya nuna cair dengan watak ilham yang punya karakter romantiknya tersendiri. Dalam ni dia tak pamerkan sisi romantik ilham sebab ilham ni jenis tak romantik. Tapi bagi nuna romantiknya ilham dari segi perkataan n perbuatannya. yes i fall in love with his character. Biasalah perempuan mesti suka kat watak hero kan. Banyak sebenarnya yang nuna nak cakap pasal novel nie.. ada typing error sana sini tapi sikit je lah. Biasalah bila dah jadi proofread ni bendA yang remeh pun sometimes kita boleh nampak. Ok lah apakah akan terjadi dengan hubungan ilham dan hannah? Siapa suraya dan alvin di hati ilham dan hannah? Novel nie banyak menyelitkan unsur agama juga namun cara penulisannya dalam menerangkan agama tidaklah membosankan. Nuna rasa akan cari lagi tulisan novelis ameera ameer nie. Oh ye novel nie berharga rm29 dan dikeluarkan oleh publisher baru rasanya, intens idea international sdn bhd. Kalau dah baca komen lah ye. Adakah anda pun akan jatuh cinta dengan watak ilham? Haha tak habis2 ilham. Boleh view blog penulis nie untuk baca sikit pasal novel ameeraameerauthor.blogspot.com

No comments:

Post a Comment