Tuesday 26 August 2014

review novel suami ekspres

Sebenarnya dah hampir sebulan nuna habis baca novel ni, tapi disebabkan kekangan masa lambatlah nuna nak mengolah ayat untuk review novel nie. Tengok tajuk dia mesti ramai yang menjangkakan typical novel sekarang kahwin kontrak, kahwin mak bapak arrange kan, kahwin tapi tak kenal pasangan n semua yang sekutu dengannya lah. 1st nuna pinjam novel ni dari housemate nuna baru 2, 3 muka baca mengantuknya. Y? Keranan pengolahan ayat sedikit skema. Nuna berjaya juga habiskan novel ni dalam masa 3 hari kalau tak silap, itu pun sebab hari bekerja. Kalau weekend bi sure sehari pun dah habis. Kesimpulannya banyak unsur agama diselitkan dalam novel nie. Yang muda mudi tu jangan bila cakap novel agama je dah taknak baca. Actually novel ni bagus (maybe ini sebab pertama kali nuna baca novel genre camni) tapi serious cakap memang sesuai sangat dengan anak2 muda sekarang nie. Yang dah lupakan ajaran agama apabila bercinta. Btw, am x talking about myself. Ini secara general kebanyakan anak muda sekarang bercinta dahulu sebelum berkahwin. Alasan sebab nak kenal hati budi dulu sebelum mendirikan rumah tangga. Katanya kahwin hanya sekali seumur hidup. Dalam novel ni, nuna sendiri terbayangkan seronoknya lah kalau bercinta selepas kahwin. Dengan suami sendiri pun masih malu2. Haha dah katanya penggemar novel imaginasi haruslah tinggi. So nuna pun bayangkan lah watak heroin tu nuna husvand plak watak faris ar rayyan. Hah nama nak sedap je. Ok ini dah bukan review sebab ade 2 3 kerat je nuna sebut pasal novel yang selebihnya syok sendiri. Dah malas nak tulis banyak. Belilah novel ni ye sebab sedikit sebanyak pasti akan timhul keinsafan dalam diri kita. Trust me! Kalau x de perasaan jugak sah hati tu dah gelap. Nuna yang takde perasaan ni pun terasa insaf membacanya. Ok meh tengok kulit novel ni. Tak ingat hasil karya siapa so tengok je lah kat kulit depan tu. P/s kalau gambar terbalik sana sini tu maafkanlah ye sebab saya menaip guna handphone cikai. Takde masa nak edit2 ke nak rotate ke.

Tuesday 12 August 2014

choco semakin menggalak

Susahnya hati nuna memikirkan choco nie. Mula2 tertanya2 kenapa dah banyak kali hantar choco mating but still dia masih galak non stop. Then apabila choco mating kat rumah baru lah dapat tahu dia nie tak pandai mengawan. Kenapa? Sebab rasanya dia punya tut x masuk betul dalam tut si betina. Apabila search dalam internet yes memang ada kes camnie kucing tak pandai mengawan. How ek? Adakah nuna harus lepaskan dia untuk cari pasangannya? Btw, baru dua minggu lepas ada salah sorang owner kucing nie beritahu janda choco dah pregnant. Guess what?? Pregnantkan anak choco ye. So, apa yang nuna dapat simpulkan maybe choco nie memang tak pandai mating tapi sebab janda choco si sally tu pernah mating tu yang sally dapat laraskan dia punya tut and hasilnya sally pregnant. Sebab secara kebetulan pulak semua ex choco (except sally) adalah anak dara. Ada kemungkinan anak dara tu juga tak pandai beromen jadi tidaklah menjadi perkahwinan mereka itu. Sudah nuna. Banyak sangat kau merepek nie. Ok pada sesiapa yang ada penyelesaian atau cadangan bagaimana untuk mengajar choco mating tolonglah beritahu nuna ye. Kesian sangat dekat kambing gurun nie. Yang jafi mangsa si chici. Hari2 bergaduh dengan choco sebab choco asyik minta je. Yang chici pun satu tak on heat lagi padahal dah 9 bulan. Choco dulu 9 bulan dah gatal. Chici kesianlah dekat choco tu cepatlah on heat bagi choco bersama dengan kau. Doakanlah mereka ye kawan2. Nie nuna letak gambar 18sx antara choco ngan chici. Siapa pandai boleh teka apa yang cuba choco lakukan.. P/s: baju raya choco dan chici. Beli kat daiso rm5 je tapi baju nie dah kena buang sebab banyak sangat bulu. Nak basuh owner dia pemalas. So buang je lah baju tu. Lain kali kita beli kemeja untuk choco n dress untuk chici ye

Monday 11 August 2014

congratz newly weds mirae n husband

Setelah sekian lama nuna tak menghadiri wedding member2 esp member uitm, last saturday dapat jugak nuna join. Plan awalnya nuna nak pergi wedding dia kat ipoh tapi memandangkan ada hal yang tak dapat dielakkan so nuna pergi majlis belah husband dia di intekma resort. Masa tengok dia bersanding dengan diiringi lagu2 romantik wah nuna rasa nak bersanding lagi sekali. Act masa nuna kahwin agak tiada perasaan lah coz time tu tak rasa pun kahwin nie untuk diraikan ke sekali seumur hidup ke.. i don't think like that. Macam yang kawan2 nuna cakap, nuna nie macam sedingin air batu. No expression no feeling suka buat tiada perasaan. The thruth is yes. Macam orang lain excited nk siapkan barang kahwin persiapan kahwin semua tapi i am just like.. ok buat endah tak endah. The feeling tu camne nak cakap ye.. tak macam orang lain yang duk sibuk teruja nak kahwin lah senang citer. Apa pun lain orang lain perangai kan. Kita tak boleh nak ingat orang lain pun sama macam kita. Ok dah melalut cerita pasal nuna plak. Hah best giler makanan kat situ. Tapi nuna makan sikit sebab baju ketat. So takut nanti nampak perut buncit. Masa bulan puasa lagi nuna jaga makan sebabnya baju raya nuna sempit. And memang nak dapatkan berat badan masa time single tapi setakat nie tidak tercapai ye. Apa pun selamat pengantin baru untuk mira n husband. Semoga kekal hingga ke jannah. And semoga cepat menimang cahaya mata 😊 Jom layan gambar2 nuna n frens yang buat wedding tu seolah2 wedding kami.. P/s- ada satu gambar tu nuna nak berangan sorang2 ambil gambar kat pelamin. Tapi ada sorang adik ni nak ganti husband nuna plak duduk kat situ. Hehe takpe lah dik. Husband akak tak de tak pe tapi kalo dia ada adik tak boleh mencapub kat situ ye. Hehe hakak sangat kan...

Saturday 9 August 2014

review novel kerana satu janji- ameera ameer

This is my 1st review tentang novel. Ye nuna suka sangat baca novel. Tapi kalau bab nak membelinya sungguh liat. Because nuna rasa tidak berbaloi as i juz read it once n bila2 yang rasa boring. Disebabkan boring jugaklah nuna ke kedai buku popular aeon rawang dan terpikat untuk beli novel nie- kerana satu janji hasil nukilan ameera ameer. Y nuna beli? Sebab sinopsisnya. Haha nuna suka novel yang romantik dan bila baca sinopsis nuna rasa nak tahu macam mana jalan ceritanya. Ok straight to the point cerita pasal novel ni, mula2 pembacaan nuna dah rasa teruja untuk menghabiskan novel.nuna start baca pukul 10 malam and tidur pukul 3 pagi disebabkan novel nie. Cerita ni mengisahkan hannah (gadis kaya yang sangat ego n sombong) terpaksa berkahwin dengan seorang cikgu sekolah menengah (ilham). Ya cerita awal stereotype biasalah kahwin kontrak or paksa memang sekarang ni menjadi pilihan tema novelis. Hannah terpaksa memilih ilham menjadi suami kontraknya selama tiga bulan kerana menolak perancangan keluarganya untuk disatukan dengan anak tan sri merangkap lelaki buaya darat yang pernah cuba untuk merogolnya (azryll). Konflik bermula apabila ilham yang sudah bertunang dengan suraya bersetuju untuk berkahwin dengan hannah disebabkan ingin membebaskan adiknya, izwan yang dituduh songlap duit syarikat. Nuna nak review banyak2 pun nanti tak best pulak korang nak baca. Tapi seriously novel nie worthy to read. Lebih menarik apabila novelis cuba membawa penonton berimaginasi dengan lagu. Mula2 baca lagi dah ada sedutan lagu afghan kalau tak silap.. jika aku bukan jalanmu, ku berhenti mengharapkanmu, jika aku memang tercipta untukmu, ku kan memilikimu.. haha memang nuna ikut menyanyi sekali lah kan. Then hujung novel pun ada lagu favourite nuna lagu hazama tajuk apa ntah. Kurelakan jiwa tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu, kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku. Ya nuna cair dengan watak ilham yang punya karakter romantiknya tersendiri. Dalam ni dia tak pamerkan sisi romantik ilham sebab ilham ni jenis tak romantik. Tapi bagi nuna romantiknya ilham dari segi perkataan n perbuatannya. yes i fall in love with his character. Biasalah perempuan mesti suka kat watak hero kan. Banyak sebenarnya yang nuna nak cakap pasal novel nie.. ada typing error sana sini tapi sikit je lah. Biasalah bila dah jadi proofread ni bendA yang remeh pun sometimes kita boleh nampak. Ok lah apakah akan terjadi dengan hubungan ilham dan hannah? Siapa suraya dan alvin di hati ilham dan hannah? Novel nie banyak menyelitkan unsur agama juga namun cara penulisannya dalam menerangkan agama tidaklah membosankan. Nuna rasa akan cari lagi tulisan novelis ameera ameer nie. Oh ye novel nie berharga rm29 dan dikeluarkan oleh publisher baru rasanya, intens idea international sdn bhd. Kalau dah baca komen lah ye. Adakah anda pun akan jatuh cinta dengan watak ilham? Haha tak habis2 ilham. Boleh view blog penulis nie untuk baca sikit pasal novel ameeraameerauthor.blogspot.com

Thursday 7 August 2014

selamat hari raya aidilfitri

Lama sungguh nuna tak mendarat di sini kan. Kesibukan kerja dan menjaga kucing menyebabkan nuna tak cukup masa untuk update perkara2 penting dalam blog nie. Inipun jam dah menunjukkan pukul 12 tengah malam n esok pula kerja. Oklah rasanya belum terlambat lagi untuk nuna ucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk semua yang mengenali nuna (ceh ayat macam dalam radio plak) siyesly untuk kawan2 yang ada terbaca blog nie ke walaupun nuna gunakan nama samaran. Haha nuna, mr husband, choco n chici minta maaf kepada semua ye. Kosong2. Bercerita mengenai raya, insha Allah kalau ada masa nuna ceritakan pasal choco n chici yang nuna hantar boarding di setia alam. Ye ada cerita di sebaliknya. Bukan tak puas hati sekadar luahan perasaan sahaja. Ok lah nuna beraya di penang. Memang nuna ambil cuti sehari je iaitu rabu sebab nuna belum confirm so kalau minta cuti dia potong gaji nuna. Lagi pula nuna beraya di kampung husband. Secara jujurnya apabila beraya di sana nuna suka sangat dapat belajar buat ketupat palas n berjalan2 rumah saudara mara. Bukn apa hampir dua tahun kitorang kahwin husband nuna jarang bawa nuna ke rumah saudara mara alasannya sebab nanti tak tahu apa nak borak. Ok lah 1st day raya lagi kitorang g meronggeng ke mydin parit buntar yang baru dibuka. Biarpun sekadar mydin nuna sangat excited ye sebab dekat dengan rumah kami (yang tak tahu bila boleh diduduki) and paling penting ada panggung wayang and tempat karaoke. Haha susah bercakap ngan orang kuat nyanyi nie. Then kami pergi beraya rumah kawan husband yang baru sahaja kahwin tahun nie n seperti biasa wife die dh pregnant. Padan muka husband siapa suruh tanya orang tu dh berisi ke belum. Haha tau apa kawan dia jawab.dah lima bulab dah. Aku tak kisah pun anak apa janji kejantanan aku dah terbukti. Ooopppsss. Terkesima husbandku mendengarnya. And nuna macam biasa buat muka relaks sudah. Bukan niat member dia nak perli husband pun sebab dia pun tak tahu kami dah ada anak ke belum. Cukup lah cerita pasal tu, next entry nanti nuna cerita pasal boarding choco n chici serta pengalaman semalam nuna hampir accident. Ok sementara tu layan gambar nuna n husband serta adik ipar n anak buah nuna (nie anak buah belah husband ek) diorang panggil nuna maksu. Huh takde class kan. Padahal nuna suh panggil auntie tapi mak depa duk bahasakan maksu2. Hah kan dah terkeluar longhat utara. Ok maaf zagir batin. Peace #prayforgaza #inshaAllahboikotmcd&starbucks