Tuesday 6 May 2014

Resipi kek chocolate moist kukus meleleh

Dah lama sebenarnya nuna mengidam nak makan kek chocolate moist ni tapi tak terlaksana. Pernah dulu beli kat pasar 3 kek sekali coklat, red velvet n cheese tapi semua itu pembaziran sebab nuna tak sentuh langsung. Rupa lawa tapi rasa nan hado. Cukup lah rasa sikit2 untuk hilangkan teringin tu. Plan nak buat kek ni dah lama (ada lah dekat sebulan dua) tapi disebabkan rasa malas yang membara terpaksalah nuna kuburkan hasrat tu. Tapi macam yang nuna beritahu pada entry sebelum ni, bagi meraikan ulangtahun setahun choco duduk dengan kami, Nuna pun turun ke dapur (walaupun choco tak dapat makan kek tapi harap2 dia faham nuna celebrate untuk dia 😊). Ok tak mo lah panjangkan cerita meh kita tengok resipi. Jap2 yang membuatkan nuna buat entry ni pepagi buta (walaupun sepatutnya ni waktu tidur nuna).. ialah kerana mr hubby cakap tak sampai setengah jam dia hidang kat kawan dia kek tu dah habis. Banyak juga nuna bagi kat mr hubby. Hehe sampai ada yang cakap hubby beli. Meh tengok screenshot wassap nuna n mr hubby.. Ok meh tengok resipi yang nuna ada ilah sikit2 selain berpandukan blog kak Azie kitchen (memang nuna suka tengok resipi kat sini. Sumer nampak tempting) dan blog namee roslan. Thank you korang jadi bahan reference nuna. Resipi chocolate moist kek meleleh Bahan2: A 1 cawan serbuk koko brand Van HOuten 1 cawan gula kastor 1 cawan susu Nestle FUll Cream 1/2 cawan susu pekat jenama Marigold 200 g buttercup (resipi asal guna minyak tapi kat rumah nuna banyak butter, so nuna ganti dengan butter) B 1 1/4 cawan tepung kek jenama NOna 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat C 3 biji telur (ikut suka nak gred apa. Tapi nuna guna gred A) 1 sudu twh esen vanilla Cara menyediakannya: Sediakan loyang yang sudah digris dengan butter. Panaskan periuk kukus terlebih dahulu sebelum menyediakan resipi. Masak kesemua bahan A di dalam periuk lain. Bukak api kecil sahaja tau. Sambil tu gaul2 kan bagi sebati. Ketepikan. Ayak kesemua bahan B. Nak bagi kek tu smooth. Campurkan sahaja masa ayak tu bagi memudahkan kerja. Campurkan telur dan vanilla dalam satu bekas dan kacau atau sebatikan. Kemudian, masukkan adunan telur dan vanilla tadi (bahan C) ke dalam adunan A. Kacau sebati. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke campuran bahan A dan C Tadi. (Nuna ambil 3 sudu besar B masukkan dalam A+C. Kemudian gaul sampai sebati dan seterusnya ambil lagi campuran tepung tu sehinggalah habis bahan B. Dah siap ye readers. Lepas tu tuang perlahan2 di dalam loyang yang sudah di gris dengan butter. Tutup permukaan loyang dengan kertas aluminium bagi mengelakkan wap air terkena kek semasa mengukus. Then, boleh lah letakkan dalam periuk kukus. Kukus sehingga 1 jam 20 minit ye ataupun sehingga masak. Macam mana nak tahu dah masak ke belum? Untuk keselamatan kek, anda hanya buka periuk kukus after 1 hour 20 minutes dan buka kertas aluminium tu perlahan2 ye. Jangan sampai terkena wap air tu kat atas kek. Lepas tu, ambil lidi sate untuk cucuk di tengah2 kek. Kalau smooth je dah masak lah kek anda tu. Tapi kalau ada coklat yang melekat di lidi tu tandanya belum cukup masak. Ok taraaa. Meh tengok gambar kek nuna. Sebelum apa2 biarlah nuna mengaku memang nuna tak pandai nak menghias tapi percayalah rasanya sangatlah marvellous. Nie bukan statement duduk dalam bakul angkat sendiri ye tapi husband nuna yang tak suka makan kek pun cakap sedap. Dah lah meh layan gambar tak berapa nak cantik ni. Tekstur kek dia padat kan? Jadi lah untuk budak baru belajar ni kan. Next time kalau rajin nuna letak resipi lain pula. Daa divas..

No comments:

Post a Comment