Sunday 4 May 2014

aweq ke-5 choco

Kali ni kita cerita pasal kucing kesayangan beta, CHoco maruko chan ye. Semalam genaplah usia setahun CHoco tinggal dengan nuna. Masa nuna ambil dia usia dia baru tiga bulan. Ni pejam celik pejam celik dah setahun tiga bulan usia choco dan setahun juga choco tinggal dengan kami. Ok nampaknya esok nuna kena celebrate sempena setahun choco di samping nuna. Emmmm kena beli wetfood banyak2 untuk dia lah ni.. meh tengok muka choco masa tiga bulan. Comey sgt kn muka CHoco ni. Compare pulak dengan muka dia sekarang. Beza kan... memang berbeza.. Ok lah berbalik kepada tajuk, sebelum ni nuna tak pernah cerita perangai choco ni. Buat pengetahuan peminat2 choco, ni dah masuk kali keempat choco nak mating 1st nuna hantar ke rumah orang dengan bayaran rm100 ye hantar mating. Yang ni dengan baka maine coon. So faham2 je lah baka betina tu besar nya camne. Kalah choco. Masa tu umur choco dalam 9 bulan. Iya 9 bulan dah menggatal choco ni. Time tu tak mating langsung ye. Buang duit nuna je hantar pergi rumah orang tu. Dah tu balik daripada rumah orang tu choco cirit pulak tu. Tak tahulah kenapa. 1st time ok cirit. Sebelum ni dia memang tak pernah susahkan nuna. 2nd time mating di rumah kami. Tapi tak jadi mating jugak sebab betina tu garang tak nak kat choco. 10 hari tinggal sama pun dorang tak serasi. 3rd time hantar choco selama dua minggu ke kl. Kali ni mating tapi tak tahu lah balik je penang dia nak mating lagi. Entah apa masalahnya dia ni. Kali keempat dalam bulan lepas tak silap. Hantar ke rumah orang jugak. Ni pun orang tu cakap choco mating tapi kami hantar empat hari je sebab choco time tu ada masalah fungus. Actually bila jumpa vet dia kata bukan fungus tapi sebab choco kerap menggaru. Tak tahulah. And ni 5th time, mating kat rumah kami. Nie mating dengan baka semiflat. Tapi muda lagi kucing ni. Nama dia baby. Anak dara lagi uols baru 7 ke 8 bulan. Nie baru 2 hari baby kat sini. So far dorang masih belum serasi. Betina yang tak nak kat choco. Choco nie asyik kejar je. Nanti kalau ada apa2 perkembangan nuna akan inform. Ok jom tengok muka aweq baru choco nie.

No comments:

Post a Comment