





Gambar bawah nie semua yang latest gambar husband nuna kirim kat wassap. Nie gambar selepas tiga hari dua malam diorang boarding kat perda. Harap dua2 tak demam lah lepas balik boarding.






Gambar bawah nie semua yang latest gambar husband nuna kirim kat wassap. Nie gambar selepas tiga hari dua malam diorang boarding kat perda. Harap dua2 tak demam lah lepas balik boarding.


Ok meh tengok resipi yang nuna ada ilah sikit2 selain berpandukan blog kak Azie kitchen (memang nuna suka tengok resipi kat sini. Sumer nampak tempting) dan blog namee roslan. Thank you korang jadi bahan reference nuna.
Resipi chocolate moist kek meleleh
Bahan2:
A
1 cawan serbuk koko brand Van HOuten
1 cawan gula kastor
1 cawan susu Nestle FUll Cream
1/2 cawan susu pekat jenama Marigold
200 g buttercup (resipi asal guna minyak tapi kat rumah nuna banyak butter, so nuna ganti dengan butter)
B
1 1/4 cawan tepung kek jenama NOna
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
C
3 biji telur (ikut suka nak gred apa. Tapi nuna guna gred A)
1 sudu twh esen vanilla
Cara menyediakannya:
Sediakan loyang yang sudah digris dengan butter.
Panaskan periuk kukus terlebih dahulu sebelum menyediakan resipi.
Masak kesemua bahan A di dalam periuk lain. Bukak api kecil sahaja tau. Sambil tu gaul2 kan bagi sebati. Ketepikan.
Ayak kesemua bahan B. Nak bagi kek tu smooth. Campurkan sahaja masa ayak tu bagi memudahkan kerja.
Campurkan telur dan vanilla dalam satu bekas dan kacau atau sebatikan.
Kemudian, masukkan adunan telur dan vanilla tadi (bahan C) ke dalam adunan A. Kacau sebati.
Masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke campuran bahan A dan C Tadi. (Nuna ambil 3 sudu besar B masukkan dalam A+C. Kemudian gaul sampai sebati dan seterusnya ambil lagi campuran tepung tu sehinggalah habis bahan B.
Dah siap ye readers. Lepas tu tuang perlahan2 di dalam loyang yang sudah di gris dengan butter.
Tutup permukaan loyang dengan kertas aluminium bagi mengelakkan wap air terkena kek semasa mengukus.
Then, boleh lah letakkan dalam periuk kukus. Kukus sehingga 1 jam 20 minit ye ataupun sehingga masak.
Macam mana nak tahu dah masak ke belum? Untuk keselamatan kek, anda hanya buka periuk kukus after 1 hour 20 minutes dan buka kertas aluminium tu perlahan2 ye. Jangan sampai terkena wap air tu kat atas kek. Lepas tu, ambil lidi sate untuk cucuk di tengah2 kek. Kalau smooth je dah masak lah kek anda tu. Tapi kalau ada coklat yang melekat di lidi tu tandanya belum cukup masak.
Ok taraaa. Meh tengok gambar kek nuna. Sebelum apa2 biarlah nuna mengaku memang nuna tak pandai nak menghias tapi percayalah rasanya sangatlah marvellous.
Nie bukan statement duduk dalam bakul angkat sendiri ye tapi husband nuna yang tak suka makan kek pun cakap sedap. Dah lah meh layan gambar tak berapa nak cantik ni.




Tekstur kek dia padat kan? Jadi lah untuk budak baru belajar ni kan. Next time kalau rajin nuna letak resipi lain pula.
Daa divas..






Comey sgt kn muka CHoco ni. Compare pulak dengan muka dia sekarang.










Beza kan... memang berbeza..
Ok lah berbalik kepada tajuk, sebelum ni nuna tak pernah cerita perangai choco ni. Buat pengetahuan peminat2 choco, ni dah masuk kali keempat choco nak mating 1st nuna hantar ke rumah orang dengan bayaran rm100 ye hantar mating. Yang ni dengan baka maine coon. So faham2 je lah baka betina tu besar nya camne. Kalah choco. Masa tu umur choco dalam 9 bulan. Iya 9 bulan dah menggatal choco ni. Time tu tak mating langsung ye. Buang duit nuna je hantar pergi rumah orang tu. Dah tu balik daripada rumah orang tu choco cirit pulak tu. Tak tahulah kenapa. 1st time ok cirit. Sebelum ni dia memang tak pernah susahkan nuna. 2nd time mating di rumah kami. Tapi tak jadi mating jugak sebab betina tu garang tak nak kat choco. 10 hari tinggal sama pun dorang tak serasi. 3rd time hantar choco selama dua minggu ke kl. Kali ni mating tapi tak tahu lah balik je penang dia nak mating lagi. Entah apa masalahnya dia ni. Kali keempat dalam bulan lepas tak silap. Hantar ke rumah orang jugak. Ni pun orang tu cakap choco mating tapi kami hantar empat hari je sebab choco time tu ada masalah fungus. Actually bila jumpa vet dia kata bukan fungus tapi sebab choco kerap menggaru. Tak tahulah. And ni 5th time, mating kat rumah kami. Nie mating dengan baka semiflat. Tapi muda lagi kucing ni. Nama dia baby. Anak dara lagi uols baru 7 ke 8 bulan. Nie baru 2 hari baby kat sini. So far dorang masih belum serasi. Betina yang tak nak kat choco. Choco nie asyik kejar je. Nanti kalau ada apa2 perkembangan nuna akan inform. Ok jom tengok muka aweq baru choco nie.



Lupa pulak.. thank you my dearest student standard 5 sebab bagi hadiah kat cikgu tadi. Really appreciated. Nanti nuna buat sati entry baru pasal hadiah ni. Ok dah jom tidur dah pukul 3 pagi. Daa divas


Harga runcit nuna jual sepaket rm13. Kalau beli lebih 6 paket nuna jual rm12 sepaket. Dan harga borong macam biasa akan dikurangkan bergantung kepada berapa banyak anda nak beli.
Jika berminat boleh sms atau wassap 0182709665


Dalam satu paket ada tiga warna berbeza (namun rasa sama) iaitu kuning, merah dan hijau.