Tuesday 25 November 2014

chucu dalam kenangan

Masuk malam ni genap empat hari chucu pegi meninggalkan kitorg. Chucu nie anak kepada choco n sally. Nuna tak sempat post pasal dorg sebab bz. Chucu yang chomey chucu yang manja memang senang sangat jaga dia. Sayangnya dia mati masa tu nuna tak de kat sisi dia. Dia mati jumaat malam lepas nuna gerak pergi penang. Chucu mati sebab terjatuh dr tingkap tingkat 4. Nuna dah tahu punca die dapat panjat tingkap tu tapi nuna taknak salahkan sesiapa. Dah ajal dia macam tu nak buat camne. Tapi sumpah memang nuna terkilan sebab nuna takde kat rumah masa tu. Maafkan aku chucu.. walaupun baru sebulan lebih ko bersama aku tapi aku dah sayang kat ko sama macam aku sayang choco, chici ngan chece.

Monday 24 November 2014

rumahku syurgaku

Alhamdulillah selepas dua tahun setengah menunggu rumah siap, akhirnya jeng jeng jeng.. inilah mahligai indah kami. Entri kali nie nuna taknak membebel pepanjang. Biar gambar sahaja yang menceritakan. Pictures speak louder than words. Ye banyak sangat gambar nuna upload sebab teruja. Haha rumah pertama biasa lah kan, excited lain macam. Jom tengok. P/s: nuna sedang usha cabinet dapur, wardrobe, plaster ceiling, grill, awning untuk rumah baru nuna nie. If ada contact sila hubungi nuna ye. Setakat nie sedang usha zaldeco n cucina. Jika ada yang harganya berpatutan sila inform ye. Tq

Tuesday 26 August 2014

review novel suami ekspres

Sebenarnya dah hampir sebulan nuna habis baca novel ni, tapi disebabkan kekangan masa lambatlah nuna nak mengolah ayat untuk review novel nie. Tengok tajuk dia mesti ramai yang menjangkakan typical novel sekarang kahwin kontrak, kahwin mak bapak arrange kan, kahwin tapi tak kenal pasangan n semua yang sekutu dengannya lah. 1st nuna pinjam novel ni dari housemate nuna baru 2, 3 muka baca mengantuknya. Y? Keranan pengolahan ayat sedikit skema. Nuna berjaya juga habiskan novel ni dalam masa 3 hari kalau tak silap, itu pun sebab hari bekerja. Kalau weekend bi sure sehari pun dah habis. Kesimpulannya banyak unsur agama diselitkan dalam novel nie. Yang muda mudi tu jangan bila cakap novel agama je dah taknak baca. Actually novel ni bagus (maybe ini sebab pertama kali nuna baca novel genre camni) tapi serious cakap memang sesuai sangat dengan anak2 muda sekarang nie. Yang dah lupakan ajaran agama apabila bercinta. Btw, am x talking about myself. Ini secara general kebanyakan anak muda sekarang bercinta dahulu sebelum berkahwin. Alasan sebab nak kenal hati budi dulu sebelum mendirikan rumah tangga. Katanya kahwin hanya sekali seumur hidup. Dalam novel ni, nuna sendiri terbayangkan seronoknya lah kalau bercinta selepas kahwin. Dengan suami sendiri pun masih malu2. Haha dah katanya penggemar novel imaginasi haruslah tinggi. So nuna pun bayangkan lah watak heroin tu nuna husvand plak watak faris ar rayyan. Hah nama nak sedap je. Ok ini dah bukan review sebab ade 2 3 kerat je nuna sebut pasal novel yang selebihnya syok sendiri. Dah malas nak tulis banyak. Belilah novel ni ye sebab sedikit sebanyak pasti akan timhul keinsafan dalam diri kita. Trust me! Kalau x de perasaan jugak sah hati tu dah gelap. Nuna yang takde perasaan ni pun terasa insaf membacanya. Ok meh tengok kulit novel ni. Tak ingat hasil karya siapa so tengok je lah kat kulit depan tu. P/s kalau gambar terbalik sana sini tu maafkanlah ye sebab saya menaip guna handphone cikai. Takde masa nak edit2 ke nak rotate ke.

Tuesday 12 August 2014

choco semakin menggalak

Susahnya hati nuna memikirkan choco nie. Mula2 tertanya2 kenapa dah banyak kali hantar choco mating but still dia masih galak non stop. Then apabila choco mating kat rumah baru lah dapat tahu dia nie tak pandai mengawan. Kenapa? Sebab rasanya dia punya tut x masuk betul dalam tut si betina. Apabila search dalam internet yes memang ada kes camnie kucing tak pandai mengawan. How ek? Adakah nuna harus lepaskan dia untuk cari pasangannya? Btw, baru dua minggu lepas ada salah sorang owner kucing nie beritahu janda choco dah pregnant. Guess what?? Pregnantkan anak choco ye. So, apa yang nuna dapat simpulkan maybe choco nie memang tak pandai mating tapi sebab janda choco si sally tu pernah mating tu yang sally dapat laraskan dia punya tut and hasilnya sally pregnant. Sebab secara kebetulan pulak semua ex choco (except sally) adalah anak dara. Ada kemungkinan anak dara tu juga tak pandai beromen jadi tidaklah menjadi perkahwinan mereka itu. Sudah nuna. Banyak sangat kau merepek nie. Ok pada sesiapa yang ada penyelesaian atau cadangan bagaimana untuk mengajar choco mating tolonglah beritahu nuna ye. Kesian sangat dekat kambing gurun nie. Yang jafi mangsa si chici. Hari2 bergaduh dengan choco sebab choco asyik minta je. Yang chici pun satu tak on heat lagi padahal dah 9 bulan. Choco dulu 9 bulan dah gatal. Chici kesianlah dekat choco tu cepatlah on heat bagi choco bersama dengan kau. Doakanlah mereka ye kawan2. Nie nuna letak gambar 18sx antara choco ngan chici. Siapa pandai boleh teka apa yang cuba choco lakukan.. P/s: baju raya choco dan chici. Beli kat daiso rm5 je tapi baju nie dah kena buang sebab banyak sangat bulu. Nak basuh owner dia pemalas. So buang je lah baju tu. Lain kali kita beli kemeja untuk choco n dress untuk chici ye