Tuesday 25 November 2014

chucu dalam kenangan

Masuk malam ni genap empat hari chucu pegi meninggalkan kitorg. Chucu nie anak kepada choco n sally. Nuna tak sempat post pasal dorg sebab bz. Chucu yang chomey chucu yang manja memang senang sangat jaga dia. Sayangnya dia mati masa tu nuna tak de kat sisi dia. Dia mati jumaat malam lepas nuna gerak pergi penang. Chucu mati sebab terjatuh dr tingkap tingkat 4. Nuna dah tahu punca die dapat panjat tingkap tu tapi nuna taknak salahkan sesiapa. Dah ajal dia macam tu nak buat camne. Tapi sumpah memang nuna terkilan sebab nuna takde kat rumah masa tu. Maafkan aku chucu.. walaupun baru sebulan lebih ko bersama aku tapi aku dah sayang kat ko sama macam aku sayang choco, chici ngan chece.

Monday 24 November 2014

rumahku syurgaku

Alhamdulillah selepas dua tahun setengah menunggu rumah siap, akhirnya jeng jeng jeng.. inilah mahligai indah kami. Entri kali nie nuna taknak membebel pepanjang. Biar gambar sahaja yang menceritakan. Pictures speak louder than words. Ye banyak sangat gambar nuna upload sebab teruja. Haha rumah pertama biasa lah kan, excited lain macam. Jom tengok. P/s: nuna sedang usha cabinet dapur, wardrobe, plaster ceiling, grill, awning untuk rumah baru nuna nie. If ada contact sila hubungi nuna ye. Setakat nie sedang usha zaldeco n cucina. Jika ada yang harganya berpatutan sila inform ye. Tq